BERITA TERKINI   KES IJM: SPRM sedang bertukar maklumat dengan Pejabat Penipuan Serius UK - Azam Baki | Kertas siasatan libatkan KP JAS dan timbalan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara Jumaat ini dengan syor dituduh - Azam Baki | MOF bekerjasama dengan KPDN meningkatkan pemantauan, siasatan dan tindakan penguatkuasaan khususnya di kawasan berisiko tinggi seperti sempadan - PM Anwar | Penyasaran subsidi RON95 dijangka menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion pada 2026 - PM Anwar | 

Sejumlah Kenderaan Terjejas Selepas Isi Minyak, Petronas Dagangan Hubungi Pelanggan Terlibat

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd (PDB) memaklumkan sejumlah kenderaan terjejas selepas mengisi minyak di Stesen Petronas Samarahan Expressway di Kota Samarahan, Sarawak semalam.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata stesen tersebut bagaimanapun ditutup sementara bagi siasatan lanjut dan operasi bersambung semula pada hari yang sama.

“PDB ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami iaitu stesen Petronas yang lain terus beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas.

“PDB juga bertindak dengan menghubungi pelanggan yang terjejas dan mengambil langkah-langkah perlu bagi menyelesaikan perkara ini dengan segera,” kata syarikat berkenaan.

Syarikat itu berkata pihaknya memandang serius berhubung perkara ini serta memohon maaf dengan ikhlas kepada semua pelanggan terhadap sebarang kesulitan yang timbul.

Untuk bantuan segera, sila hubungi Mesralink di talian 1-300-88-8181.

-- BERNAMA