Niaga Hadapan KLCI Dibuka Lebih Rendah
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada hari ini.
Pada jam 9.30 pagi, kontrak Disember 2025 dan Januari 2026 masing-masing turun 6.5 mata kepada 1,677.0 dan 1,681.5, Mac 2026 susut 7.0 mata kepada 1,665.0 manakala Jun 2026 berkurangan sebanyak 11 mata kepada 1,665.0.
Jumlah dagangan sebanyak 4,170 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 45,566 kontrak.
Indeks petunjuk utama FBM KLCI turun 4.70 mata kepada 1,673.61 selepas 47 minit dagangan dijalankan berbanding paras penutup 1,678.31 pada Rabu.
Pasaran ditutup semalam sempena cuti Hari Krismas.
-- BERNAMA