8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (US-ABC) yang menyatakan komitmen untuk terus melabur di Malaysia.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 akan terus menyokong pembangunan pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) di negara-negara jiran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengesahkan komitmen negara untuk mempercepatkan pertumbuhan dalam sektor aeroangkasa serta pembinaan dan pembaikan kapal bagi mengukuhkan daya tahan ekonomi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memperkenalkan dua program strategik pada acara SEMICON Asia Tenggara (SEA) 2025 bagi memesatkan pertumbuhan industri dan menggalakkan kerjasama antarabangsa.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keutamaan untuk pembaharuan ekonomi domestik terlebih dahulu sebelum memperluas kerjasama melalui ASEAN dan rakan utama seperti China, India, Pakistan serta memperkukuh hubungan dengan Kesatuan Eropah (EU) dalam menangani kesan perubahan dasar tarif Amerika Syarikat (AS).
8bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Mei (Bernama) -- Malaysia akan menerajui fasa pertama pelan integrasi grid tenaga serantau yang bercita-cita tinggi, bermula dengan ketersambungan yang berdaya maju dari segi ekonomi antara Vietnam, Malaysia dan Singapura, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengariskan visi strategik yang berani untuk fasa pertumbuhan ASEAN seterusnya, menekankan integrasi ekonomi yang lebih kukuh, pengembangan perdagangan dan ketersambungan tenaga rentas sempadan sebagai tonggak utama di bawah kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan melaksanakan tugas dan peranan masing-masing mengikut peruntukan undang-undang Sarawak serta Persekutuan, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan meneruskan fungsi, aktiviti, tanggungjawab dan kewajipan sepertimana yang diamanahkan kepadanya mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan peraturan-peraturan di bawahnya.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Kemunculan Malaysia sebagai peneraju utama pusat data serantau pada masa ini semakin ketara, namun langkah berani selanjutnya oleh negara ini adalah dengan memastikan ledakan infrastruktur digital ini memberikan penggandaan ekonomi penting meliputi industri dan komuniti.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan Program Sinergi Rantaian Bekalan Premier Chery yang menghimpunkan 35 pembekal global dalam usaha mempercepat pembangunan sektor automotif Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Sebagai Pengerusi ASEAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyuarakan pendirian Malaysia -- dan perkumpulan serantau itu -- sebagai suara utama dalam Selatan Global di samping satu kuasa yang kian menyerlah dan perlu diberi perhatian, menuntut peralihan global daripada dominasi bipolariti kepada perkongsian kuasa yang saksama melalui multipolariti.