BERITA TERKINI   Liga Super: KL City 0-4 JDT | Dividen operasi Felcra bagi tahun kewangan 2025 ditetapkan 15 peratus, dibayar awal tahun depan - TPM Ahmad Zahid | Sukan SEA 2025: Malaysia raih pingat emas acara Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) wanita | Rombakan Kabinet: Kerajaan mahu beri peluang kepada pemimpin muda untuk memimpin - PM Anwar | Tumpuan saya tahun depan adalah untuk meneruskan reformasi negara dan menyelesaikan masalah penduduk - PM Anwar | 

Anwar Terima Kunjungan Hormat Delegasi US-ABC, Komited Untuk Terus Melabur Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (US-ABC) yang menyatakan komitmen untuk terus melabur di Malaysia.

Kunjungan hormat delegasi US-ABC itu yang diketuai Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Serantaunya Brian D. McFeeters berlangsung di Perdana Putra, Putrajaya.

Anwar menerusi hantaran di laman X berkata semasa pertemuan tersebut wakil syarikat multinasional yang hadir telah memberi maklum balas baik susulan pertemuan pada tahun lepas.

“Pelbagai kerjasama baharu telah terbentuk selain daripada memudahcara kepada penyelesaian masalah yang dihadapi mereka. 

“Selain daripada komitmen untuk terus melabur di Malaysia, kami turut bertukar pandangan terkait pendekatan ke arah memperkukuh pengembangan industri melibatkan dasar, tenaga mahir dan dana,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata penting bagi kerajaan untuk meneruskan dialog bersama pemain industri bagi memastikan dasar dan pelaksanaannya membuahkan hasil seperti yang dihasratkan.

US-ABC merupakan organisasi bukan bermotifkan keuntunganyang menjalankan penyelidikan dan analisis keadaan ekonomi, alam sekitar, kewangan, politik dan sosial di negara-negara ASEAN. 

-- BERNAMA