5hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi global dijangka kekal stabil pada tahun ini walaupun berdepan ketidaktentuan susulan risiko geopolitik yang ketara, ketiadaan aktiviti penghantaran awal serta peralihan dinamik inflasi di serata negara utama ekonomi.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) telah melantik Zaida Khalida Shaari dan Rohan Krishnalingam sebagai pengarah bukan eksekutif bebas baharunya, masing-masing berkuat kuasa 1 Jan serta 20 Jan 2026.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Kira-kira 84 peratus daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Malaysia merancang untuk mengembangkan operasi melangkaui sempadan industri tradisional mereka dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan menyasarkan sektor bersebelahan dan bergerak pantas, kata Tinjauan CEO Global ke-29 PwC – Malaysia.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Syarikat penjenamaan dan pemasaran SBS Nexus Bhd mula disenaraikan tidak berubah di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 25 sen sesaham.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak RM1.39 bilion bagi tahun kewangan 2025 merangkumi 84 dana borong dan runcit.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) --Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran 4.0-4.20 berbanding dolar AS tahun ini, disokong oleh struktur akaun luaran Malaysia yang bertambah baik walaupun peningkatannya masih dikekang oleh aliran keluar portfolio global dan dolar yang lebih kukuh.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen serantau yang bercampur-campur.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai pada 26 Oktober, 2025 semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 masih belum dikuatkuasakan berikutan kerajaan masih dalam peringkat perundingan dan mahukan jaminan bertulis yang jelas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan mengumumkan jumlah perdagangan Malaysia bagi tahun 2025 yang tertinggi dalam sejarah hari ini, sekali gus mencatatkan satu lagi pencapaian penting ekonomi negara.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menjejaki Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih lemah susulan ketegangan antara AS dan Kesatuan Eropah (EU) memuncak susulan kenyataan baharu oleh pentadbiran Presiden AS Donald Trump mengenai Greenland.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi seiring dengan kenaikan di pasaran COMEX Amerika Syarikat.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- JcbNext Bhd melupuskan keseluruhan 9.45 peratus pegangan ekuitinya dalam Nova Pharma Solutions Bhd pada harga RM5.21 juta selepas menerima tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat daripada Southern Score Builders Bhd.