Terdapat 189 berita berdasarkan kata kunci carian " pembangunan mampan"

Malaysia Komited Terhadap Integrasi ASEAN Wujudkan Ekonomi Serantau Berdaya Tahan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Malaysia sedang giat menaik taraf perjanjian perdagangan sedia ada dengan negara-negara anggota ASEAN dan rakan dialog, memperkukuh komitmennya terhadap ekonomi serantau yang lebih bersepadu dan berdaya tahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Petronas Sokong Rasionalisasi Subsidi Bahan Api Demi Agenda Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menyambut baik langkah rasionalisasi subsidi petrol sambil menegaskan bahawa subsidi itu adalah tidak mampan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Selat Hormuz Satu Kebimbangan Namun Industri Minyak Kekal Stabil- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Konflik Israel-Iran tidak semestinya memberikan kesan buruk ke atas industri minyak atau mekanisme harga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin Berpengaruh Industri Berhimpun Di Energy Asia 2025, Pacu Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) – Persidangan Energy Asia 2025 bertemakan “Delivering Asia’s Energy” di sini pada 16-18 Jun, 2025, menjadi platform tepat bagi Malaysia dan rantau ini menilai kemajuan mencapai matlamat peralihan tenaga serta memperkukuh komitmen negara ke arah sasaran pelepasan karbon sifar bersih.

RHB Islamic, Penganjur MIDE Meterai MoU Tiga Tahun Perkasa Usaha Pulihara Marin

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- RHB Islamic Bank Bhd hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) selama tiga tahun bersama AsiaEvents Exsic Sdn Bhd yang juga penganjur Malaysia International Dive Expo (MIDE).

Kerajaan Salur Lebih RM1.62 Juta Bantu Pekebun Kecil Sawit Sabah -- Chan

KOTA KINABALU, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan telah menyalurkan bantuan bernilai lebih RM1.62 juta kepada 21 pekebun kecil sawit persendirian melibatkan keluasan 90.32 hektar bagi tujuan penanaman semula di kawasan pedalaman Sabah.

Taiwan, Malaysia Tingkat Kerjasama Dalam Teknologi Tinggi, Pembangunan Mampan -- TAITRA

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Industri di Malaysia dan Taiwan sangat saling melengkapi, dengan kekuatan Taiwan dalam semikonduktor dan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), ia seiring dengan tumpuan Malaysia dalam pembangunan teknologi tinggi, kemampanan dan digitalisasi.

Agensi Malaysia, Firma Jepun Meterai Lima MoU Kemampanan Sektor Komoditi Di Ekspo 2025 Osaka

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Agensi Malaysia memeterai lima memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Jepun sempena Minggu Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka untuk memajukan kemampanan, inovasi dan akses pasaran meliputi sektor komoditi utama.

Industri Halal Antara Pemacu Pertumbuhan Utama Di IMT-GT, BIMB-EAGA

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) – Industri halal yang pesat berkembang adalah antara sembilan sektor yang mampu mencetuskan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dalam Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA) dan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Malaysia Catat Potensi Pelaburan RM4.68 Bilion Dari Jepun Di Expo 2025 Osaka

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mencatatkan potensi pelaburan bernilai RM4.68 bilion dari Jepun di Expo 2025 Osaka.

MIDA, UNGCMYB Bentuk Perkongsian Tingkatkan Penerapan ESG, Pelaburan Mampan

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan UN Global Compact Network Malaysia and Brunei (UNGCMYB) menjalin perkongsian strategik untuk memacu era baharu pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab di Malaysia.

Malaysia Raih Potensi Pelaburan Bernilai RM8 Bilion Di Ekspo 2025 Osaka - TPM Fadillah 

OSAKA, 31 Mei (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan melebihi RM8 bilion dan memeterai 20 memorandum persefahaman (MoU) melalui penyertaan dalam Ekspo 2025 Osaka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.