Terdapat 10924 berita berdasarkan kata kunci carian " d"

Kuchai Development Dinyahsenarai Dari Bursa Malaysia Pada 22 Jan

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan nyahsenarai sukarela Kuchai Development Bhd (KDB) daripada senarai Pasaran Utama berkuat kuasa 22 Jan 2026.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Kebanyakannya

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah kebanyakannya, sejajar dengan prestasi di pasaran tunai.

Pulau Pinang Perlu Ambil Peluang Daripada Peningkatan Ekonomi China

GEORGE TOWN, 19 Jan (Bernama) -- Pulau Pinang perlu mengambil peluang yang timbul daripada peningkatan struktur ekonomi China dengan mengukuhkan kerjasama dalam pembuatan berteknologi tinggi serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim Chee Keong.

Anak Syarikat Favelle Favco Raih Kontrak Bekal Kren Bernilai RM76.3 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Favelle Favco Bhd meraih tiga kontrak baharu membekalkan kren menara dan luar pesisir dengan nilai gabungan sebanyak RM76.3 juta.

OpenSys Terima Pesanan Pembelian RM22.05 Juta Bagi Mesin Kitar Semula Tunai

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- OpenSys (M) Bhd menerima satu pesanan pembelian (PO) bagi mesin kitar semula tunai (CRM) baharu bernilai RM22.05 juta daripada pelanggan sedia ada, Reachful Malaysia Sdn Bhd.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan China yang positif, kata peniaga.

Petronas Lantik Mohd Jukris Sebagai Ketua Pegawai Operasi Mulai 1 Februari

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Jukris Abdul Wahab sebagai ketua pegawai operasi (COO) berkuatkuasa pada 1 Feb, 2026.

Projek Rianlon Bernilai Rm1.27 Bilion Perkasakan Usaha Pembuatan Bernilai Tinggi Di Johor - Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 19 Jan (Bernama) -- Keputusan Rianlon Corporation untuk menubuhkan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan di Johor mencerminkan keyakinan pelabur yang kukuh dan berterusan terhadap negeri ini sebagai hab serantau untuk pelaburan bernilai tinggi dan dipacu teknologi.

Trafik Penumpang MAHB 2025 Cecah 153.3 Juta Seiring Permulaan Tahun Melawat Malaysia 2026

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Pergerakan penumpang di seluruh rangkaian global Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencecah 153.3 juta pada 2025, mencerminkan momentum positif seiring bermulanya Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ekonomi Malaysia 2026 Kekal Berdaya Tahan Dipacu FDI, Pelaburan Infrastruktur Yang Kukuh -- HSBC

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan tahun ini dipacu oleh pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan dan pelaburan infrastruktur yang kukuh, kata Ketua Ekonomi Asia HSBC Frederic Neumann.

Kejayaan Sebagai Pengerusi ASEAN, Aliran Masuk FDI Kukuhkan Prospek Ekonomi 2026 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada 2026 didorong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dan ekonomi domestik yang rancak, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Diasak Prestasi Suram Serantau

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari Isnin, ditekan prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya susut susulan laporan mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif baharu ke atas lapan negara Eropah membabitkan isu Greenland.