BERITA TERKINI   PM Anwar sifatkan usaha damai NGO Islam dan Hindu cerminan kematangan rakyat, tolak perpecahan | Sebanyak RM11.12 juta kerugian libat penipuan dalam talian direkodkan di Kota Kinabalu bagi tempoh Januari hingga 15 Mac lepas - Polis | Anutin Charnvirakul dipilih semula sebagai PM Thailand dengan mandat kuat Parlimen | Untung bersih Yinson Holdings Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan 2026 susutĀ kepada RM683 juta daripada RM1.24 bilion pada tahun kewangan 2025 | Dua maut, empat cedera dalam kemalangan babit dua kenderaan di simpang Felda Sungai Ara dekat Kota Tinggi - bomba | 

Bursa Malaysia, Anak Syarikat Akan Ditutup Sempena Hari Raya Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup mulai Jumaat hingga Isnin (20-23 Mac 2026) bersempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Dalam kenyataan hari ini, katanya Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan menyambung semula dagangan pada Selasa (24 Mac 2026).

“Pasaran sekuriti dan derivatif akan beroperasi mengikut waktu dagangan biasa pada Khamis (19 Mac 2026).

“Bagaimanapun, tiada sesi dagangan malam T+1 bagi pasaran derivatif pada tarikh itu,” katanya.

Menurut Bursa Malaysia, pasaran utama Bursa Gold Dinar dan Bursa Suq Al-Sila’ akan terus dibuka untuk dagangan dalam talian sepanjang cuti umum itu.

-- BERNAMA