BERITA TERKINI   Liga Super: Melaka FC 0-2 Imigresen FC | Liga Super: Kelantan The Real Warriors 0-2 NSFC | Liga Super: KL City FC 1-1 Kuching City FC | 

Terdapat 2821 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa malaysia"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Tekanan Jualan Berterusan

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika tengah hari pada Rabu susulan aktiviti penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang berterusan, meskipun bursa serantau mencatatkan momentum peningkatan.

MATRADE Yakin Johari Sebagai Teraju Baharu MITI Terus Perkukuh Agenda Eksport Negara

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yakin kepimpinan baharu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus memperkukuh agenda eksport negara seiring dengan keutamaan pembangunan ekonomi Malaysia.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Hambar Pasaran Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika dibuka pada Rabu berikutan pengambilan untung awal yang sederhana, menjejaki pasaran serantau yang hambar dan petunjuk bercampur-campur dari Wall Street.

Kontrak Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Tinggi Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya tinggi ketika awal dagangan pada Rabu.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Prestasi CBOT Yang Lemah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, selepas terjejas oleh prestasi lemah minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

AEON Credit Terbit Sukuk Kanan Ke-11 Bernilai RM200 Juta

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd telah menerbitkan Sukuk Kanan ke-11 bertempoh lima tahun hari ini dengan jumlah nominal RM200 juta.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Untuk Sesi Keempat Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan prestasi positif dengan ditutup tinggi untuk sesi keempat berturut-turut, disokong oleh sentimen pasaran tempatan yang lebih baik berikutan asas makroekonomi domestik yang kukuh.

Bursa Malaysia Lebih Tinggi Pada Tengah Hari Susulan Pengukuhan Ringgit

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri dagangan sesi pagi, mengatasi pasaran serantau susulan ringgit yang lebih kukuh.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Lemah Serantau

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki pasaran serantau yang lemah dan penurunan prestasi semalaman Wall Street. 

Permintaan Lemah, Pengeluaran Meningkat Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan permintaan yang lemah dan pengeluaran pula meningkat.