2hari ago
GEORGE TOWN, 26 April (Bernama) -- Minat pelabur terhadap Pulau Pinang kekal utuh meskipun berdepan peningkatan ketidaktentuan global, disokong oleh permintaan berdaya tahan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta kedudukan strategik negeri itu dalam rantaian bekalan global yang semakin berkembang.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang meneroka pembangunan mekanisme berkaitan karbon secara berperingkat menerusi pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), termasuk menilai kesesuaian model kredit karbon yang selaras dengan konteks industri sawit negara.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menyerap peningkatan aliran perdagangan yang dialihkan melalui Selat Melaka sekiranya pengendali perkapalan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan ketegangan di Selat Hormuz yang terjejas konflik.
3hari ago
MIRI, 25 April (Bernama) -- Kerajaan Sarawak mencadangkan pembangunan perkhidmatan sokongan berasaskan minyak dan gas bagi memperkukuh ekosistem huluan dan hiliran negeri itu.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Peruncit pakaian, Padini Holdings Bhd telah memulakan semakan dalaman bagi menilai keadaan berhubung pembekuan beberapa akaun bank yang dikenal pasti milik syarikat dan anak syarikatnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
3hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas dijangka kekal berhati-hati dalam jangka pendek susulan ketiadaan perkembangan positif dalam peperangan di Asia Barat yang menyebabkan harga minyak mentah meningkat secara beransur-ansur.
3hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka mengalami ketidaktentuan minggu depan dengan aliran menurun sedikit berikutan kekurangan bekalan minyak mentah yang melalui Selat Hormuz, menurut pakar industri Denis Low.
3hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mencatat aliran menurun minggu depan susulan aktiviti pengambilan untung, kata seorang peniaga.
3hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia diunjur tidak berubah berlegar antara 1,700 hingga 1,730 minggu depan, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng.
3hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Ringgit dijangka didagangkan pada jajaran sempit minggu depan, berlegar antara RM3.94 hingga RM3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memandangkan pelabur menunggu data ekonomi selanjutnya dari negara itu, menurut ahli ekonomi.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bahagian awam tawaran awam permulaan (IPO) Manforce Group Bhd telah terlebih langganan sebanyak 3.47 kali susulan pemindahan penyenaraiannya daripada Pasaran LEAP kepada Pasaran ACE Bursa Malaysia.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank Padini Holdings Bhd (Padini) dan anak syarikatnya yang berkaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan.