Terdapat 2922 berita berdasarkan kata kunci carian " 2025"

Pelaksanaan SST Beri Kesan Minimum Kepada Sektor Automotif -- CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd (CIMB Securities) telah mengunjurkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan pada Julai 2025, mempunyai kesan langsung yang terhad kepada sektor automotif.

Peluasan SST Beri Impak Langsung Terhad Ke Atas KDNK, Inflasi - RHB IB

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka memberi kesan langsung terhad kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan inflasi kerana hanya menyasarkan barangan bukan perlu serta sektor perkhidmatan terpilih, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Bursa Malaysia Wujud Kumpulan Kerja Industri Bagi Tingkat Keselamatan Siber

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) telah mewujudkan kumpulan kerja industri bagi meningkatkan daya tahan siber merentas ekosistem pembrokeran saham bagi menyelaras tindakan berikutan insiden perdagangan tanpa kebenaran pada 24 April 2025.

Agenda Pembaharuan Ekonomi MADANI Buahkan Hasil - PM Anwar

PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) -- Agenda pembaharuan Ekonomi MADANI yang dilaksanakan kerajaan kini telah membuahkan hasil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdagangan Malaysia Naik 2.6 Peratus Kepada RM252.48 Bilion Pada Mei - MITI

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Perdagangan Malaysia meningkat sebanyak 2.6 peratus pada Mei 2025 untuk mencecah RM252.48 bilion, mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun bagi bulan ke-17 berturut-turut sejak Januari 2024.

AmMetLife Takaful Lantik Nazrulhisham Abdul Hamid Sebagai CEO Baharu

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- AmMetLife Takaful Bhd (AmMetLife Takaful) telah melantik Nazrulhisham Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu berkuat kuasa 16 Jun, 2025.

Malaysia Tumpu Jadi Hab Aeroangkasa Dan Pembinaan Kapal Serantau

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Malaysia mengukuhkan sasarannya untuk menjadi hab aeroangkasa dan pembinaan kapal serantau dengan memanfaatkan pelaburan bernilai tinggi, keupayaan teknikal dan kedudukan geostrategik negara untuk meningkatkan profil perindustriannya bagi dekad akan datang.

Gula Bertapis Kekal Tidak Dikenakan Cukai Di Bawah Semakan SST - MOF

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Gula bertapis atau lebih dikenali sebagai gula putih, kekal tidak dikenakan cukai di bawah semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal pada Jumaat.

Hab Inovasi Aset Digital BNM Pemangkin Agenda Ekonomi Digital Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Hab Inovasi Aset Digital yang dilancarkan semalam menjadi langkah penting dalam usaha berterusan Bank Negara Malaysia memastikan sistem kewangan kalis masa depan selain memangkin sokongan agenda ekonomi digital negara.

Lawatan TPM Fadillah Ke Uzbekistan, Rusia Perluas Jaringan Strategik Sektor Tenaga, Air

TASHKENT, 20 Jun (Bernama) -- Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke Republik Uzbekistan dan Rusia yang bermula esok, dijangka memperluaskan lagi jaringan strategik Malaysia dalam bidang tenaga dan air di peringkat antarabangsa.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman and K Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini, dengan konflik antara Israel dan Iran yang berterusan menyebabkan ketidaktentuan pasaran, terutamanya dalam sektor minyak dan tenaga.