BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 0-1 Kuching City FC | 

Terdapat 769 berita berdasarkan kata kunci carian " institusi"

IFC, Konsortium Komited Sedia Lebih US$900 Juta Dalam Pembiayaan Kepada Pusat Data Di Malaysia - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) dan sebuah konsortium yang terdiri daripada enam institusi kewangan antarabangsa komited menyediakan lebih US$900 juta (US$1 = RM4.50) dalam pembiayaan kepada kampus pusat data hiperskala Yondr Group di Malaysia, menurut Kumpulan Bank Dunia.

Scam Dalam Talian Jejas Keyakinan Pelabur, Sindiket Anggap “Menguntungkan”

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kerajaan perlu meningkatkan usaha membendung scam atau penipuan kewangan secara dalam talian, yang sekiranya tidak dikawal akan menjejaskan perdagangan, pelancongan, keyakinan pelabur serta keinginan Malaysia untuk muncul sebagai destinasi pelaburan utama.

Rizab Antarabangsa BNM Susut Kepada US$118.1 Bilion Pada 13 Dis, 2024

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$118.1 bilion (US$1=RM4.50) pada 13 Dis 2024, berbanding US$118.3 bilion pada 30 Nov, 2024.

Komitmen MIDA Kepada Pelabur - Landskap Pelaburan Lebih Kukuh, Bersepadu

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) komited untuk menyokong pelabur di setiap peringkat ke arah mewujudkan landskap pelaburan yang lebih kukuh dan bersepadu. 

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$118.3 Bilion Pada 29 Nov 2024

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$118.3 billion (US$1=RM4.41) pada 29 Nov, 2024 berbanding US$118.0 billion pada 15 Nov, 2024.

Penstrukturan Semula BPMB, SME Bank, Exim Bank Selaras Dengan Agenda Nasional

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Penstrukturan semula Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) adalah selaras dengan agenda nasional untuk melaksanakan pembaharuan dan memperkukuhkan institusi-institusi milik kerajaan, kata Kementerian Kewangan.

Cropmate Optimis Terhadap Permintaan Baja Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Cropmate Bhd optimis terhadap permintaan baja yang semakin meningkat di Malaysia terutama dalam sektor minyak sawit.

Belum Ada Cadangan Untuk Malaysia Sertai New Development Bank Setakat Ini - MITI

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Belum ada cadangan setakat ini untuk Malaysia menyertai New Development Bank (NDB), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

AKPK, Institusi Kewangan Dan Media Bekerjasama Promosi Kesedaran Kewangan

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menganjurkan program “Row and GROW Towards Financial Resilience” baru-baru ini, bertujuan menggalakkan kerja berpasukan, mengukuhkan hubungan dan memupuk persahabatan dengan penyedia kewangan.

13 Peratus Daripada 477,571 Peminjam AKPK Selesai Sepenuhnya Hutang Lebih RM3.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Sebanyak 13 peratus daripada 477,571 peminjam Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan sepenuhnya pinjaman hutang melebihi RM3.2 bilion, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Saham Utiliti, Perladangan Pacu Bursa Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Selasa, dipacu oleh belian semasa harga rendah dalam kaunter wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh saham utiliti dan perladangan.

Bank Rakyat Tawar Moratorium Kepada Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bank Rakyat menawarkan kemudahan bantuan khas banjir, merangkumi kemudahan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat bencana banjir.