BERITA TERKINI   Penularan penyakit Tibi libatkan murid sekolah di Kota Tinggi terkawal, tiada arahan penutupan sekolah setakat ini - Exco Pendidikan Johor | Enam murid sekolah di Kota Tinggi disahkan menghidap Tuberkulosis (Tibi) hasil saringan kontak rapat. - Exco Pendidikan Johor | Kerajaan galak pemilik EV memasang pengecas di kediaman kerana kos pengecasan jauh lebih murah - Johari | Pembangunan infrastruktur pengecas EV menghadapi cabaran kos pemasangan yang tinggi sehingga RM210,000 terutama pengecas DC - Johari | Sebanyak 5,624 pengecas awam EV dipasang hingga 31 Dis, 2025, mencapai 56 peratus daripada sasaran keseluruhan - Johari | 

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$118.3 Bilion Pada 29 Nov 2024

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$118.3 billion (US$1=RM4.41) pada 29 Nov, 2024 berbanding US$118.0 billion pada 15 Nov, 2024.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan hari ini menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab ialah rizab mata wang asing (US$105.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (US$5.9 bilion), emas (US$3.3 billion) dan aset rizab lain (US$2.4 billion).

Jumlah aset sebanyak RM595.77 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk hak pengeluaran khas (RM486.23 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.51 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.08 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset-aset lain (RM61.56 bilion).

BNM menjelaskan modal dan liabiliti berjumlah RM595.77 bilion meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM177.49 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.58 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM135.20 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM6.56 bilion), deposit lain-lain (RM67.89 bilion), kertas Bank Negara (RM11.80 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM27.22 bilion) dan liabiliti lain (RM3.93 bilion).

-- BERNAMA