BERITA TERKINI   Bernama dipilih semula sebagai Ahli Lembaga Eksekutif OANA pada Perhimpunan Agung Ke-19nya di St. Petersburg | MPI: Bernama menang Perak dan Gangsa bagi Kategori Lintas Langsung Berita Radio Terbaik | MPI: Bernama Radio menang emas, perak dan gangsa bagi kategori Bicarawara Radio Terbaik. | MPI: Wartawan Penyiaran Radio Bernama Ahmad Irfan Che Mohd Ruzaidi menang gangsa bagi Kategori Dokumenteri Radio Terbaik | MPI: Wartawan Penyiaran Radio Bernama Nurliayana Farhah rangkul emas kategori Laporan Radio Terbaik | 

Rizab Antarabangsa BNM Susut Kepada US$118.1 Bilion Pada 13 Dis, 2024

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$118.1 bilion (US$1=RM4.50) pada 13 Dis 2024, berbanding US$118.3 bilion pada 30 Nov, 2024.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (US$105.1 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$6 bilion), emas (US$3.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.4 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM597.36 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM484.97 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM7.91 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.14 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset lain (RM60.97 bilion).

Bank pusat itu berkata jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM597.36 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM178.08 bilion), mata wang dalam edaran (RM167.59 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM132.18 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.17 bilion), deposit lain (RM66.49 bilion), kertas Bank Negara (RM11.80 bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion), dan liabiliti lain (RM3.73 bilion).

 -- BERNAMA