Terdapat 154 berita berdasarkan kata kunci carian "nr"

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi, Didorong Aliran Meningkat Harga Minyak Mentah

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh harga minyak mentah yang mencatatkan aliran meningkat, kata peniaga.

Bursa Dibuka Hampir Mendatar Tetapi Meningkat Semula Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka hampir tidak berubah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street yang kurang menggalakkan pada Jumaat lepas berikutan dasar perdagangan perlindungan Amerika Syarikat (AS) baharu yang terus mewujudkan kebimbangan dalam kalangan pelabur.

Perjumpaan Dengan Pemimpin Luar Serlah Peranan Aktif Malaysia Dalam Diplomasi Dua Hala, Pelbagai Hala

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Siri kunjungan hormat daripada pembesar dari pelbagai negara dan Kesatuan Eropah menyerlahkan peranan aktif Malaysia dalam diplomasi dua hala dan pelbagai hala.

Malaysian Re Raih Dua Anugerah Prestij Di Insurance Asia Awards 2025

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re) meraih dua anugerah utama di Insurance Asia Awards 2025 yang berlangsung di Singapura sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam landskap insurans semula ASEAN.

Pasaran Getah Kekal Bercampur-campur, Turun Naik Minggu Hadapan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka didagangkan bercampur-campur dengan beberapa senario turun naik pada minggu hadapan susulan ketidakpastian dalam permintaan global disebabkan oleh ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat (AS), menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Malaysia (MARGMA). 

Takaful IKHLAS Lancar ‘IKHLAS Impianku’, Produk Bantu Rakyat Capai Impian Kewangan

PUTRAJAYA, 3 Julai (Bernama) -- Takaful Ikhlas Family Bhd (Takaful IKHLAS), anak syarikat MNRB Holdings Bhd, hari ini melancarkan produk terbaharunya IKHLAS Impianku.

Kerjaya Prospek Beli Tanah Bernilai RM112.79 Juta Di Selangor

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd akan memperoleh tiga buah tanah di Selangor berharga RM112.79 juta untuk meningkatkan bank tanah di lokasi strategik bagi pertumbuhan masa depannya. 

SST: KPK Adakan Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Minyak Sawit - Timbalan Menteri

Oleh Nurfardlina Izzati Moktar

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan mengadakan sesi libat urus bersama penggiat industri minyak sawit pada Khamis ini bagi membincangkan pelbagai kekeliruan berkenaan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terutama dari segi tafsiran produk akhir.

Jawatankuasa Khas Adakan Mesyuarat Pertama Selaras Pematuhan Malaysia Terhadap EUDR

PUTRAJAYA, 26 Jun (Bernama) --  Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas mengenai Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang diadakan di sini, hari ini,  disertai kementerian berkaitan dan pakar teknikal untuk menyelaraskan dasar, pelaksanaan dan kesediaan data terhadap pematuhan.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Bercampur-Campur

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis berikutan trend meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

PBA Holdings Peruntuk Capex RM86.8 Juta Untuk 2025

GEORGE TOWN, 26 Jun (Bernama) -- PBA Holdings Bhd (PBAHB) memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM86.8 juta untuk 2025 dalam usaha menaik taraf infrastruktur bekalan air di Pulau Pinang.

Uni Enrol Jalin Kerjasama Dengan GEA Perluas Capaian Global

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Uni Enrol, platform pendaftaran pelajar dalam talian terbesar di Malaysia menjalin kerjasama dengan Global Education Alliance (GEA) bagi memperkukuh kedudukannya sebagai hab serantau bagi akses pendidikan tinggi.