BERITA TERKINI   Unit ITMAX System memperoleh Perubahan Kerja (VO) bernilai RM603.5 juta daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi meningkatkan keupayaan bandar pintar generasi baharu | Harga runcit RON95 & RON97 turun 25 sen, diesel Semenanjung turun 75 sen bagi 16-22 April - MOF | Unit Tuju Setia peroleh kontrak kerja-kerja pembinaan daripada Sime Darby Property bernilai RM359.3 juta | 

Perjumpaan Dengan Pemimpin Luar Serlah Peranan Aktif Malaysia Dalam Diplomasi Dua Hala, Pelbagai Hala

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Siri kunjungan hormat daripada pembesar dari pelbagai negara dan Kesatuan Eropah menyerlahkan peranan aktif Malaysia dalam diplomasi dua hala dan pelbagai hala.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menerima kunjungan pembesar dari Australia, China, Pakistan, Turkiye, Palestin, Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Kesatuan Eropah dan United Kingdom semalam.

“Pertemuan ini membuka ruang kerjasama baharu dalam perdagangan, pendidikan, teknologi, kemanusiaan dan keamanan serantau yang mencerminkan komitmen Malaysia sebagai rakan yang berprinsip dan dipercayai di pentas antarabangsa,” kata beliau dalam satu hantaran di laman X hari ini.

Semalam, Anwar mengadakan beberapa pertemuan dua hala bersama pemimpin dan wakil kanan daripada tujuh negara serta entiti antarabangsa di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini.

Pertemuan itu berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

-- BERNAMA