Terdapat 195 berita berdasarkan kata kunci carian "capital a"

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat pada tengah hari, seiring dengan prestasi pasaran serantau, didorong oleh pembelian berterusan dalam kaunter perbankan, penjagaan kesihatan dan utiliti.

Bursa Malaysia Dibuka 0.63 Peratus Lebih Tinggi, Catat Paras Tertinggi Baharu Sejak Jun 2018

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada Selasa, dibuka 0.63 peratus lebih tinggi untuk mencatatkan paras tertinggi baharu sejak Jun, 2018, disokong oleh kemasukan berterusan dana asing susulan aliran keluar besar-besaran tahun lepas.

Bursa Malaysia Melonjak 1.4 Peratus, Cecah Paras Tertinggi Baharu Sejak Pertengahan Okt 2018

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Jan  (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkatnya ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun, disokong oleh minat belian kukuh terhadap saham mewah daripada pelabur institusi tempatan dan asing, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Terus Catat Kenaikan Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan kenaikan pada tengah hari ini berikutan minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter kewangan dalam prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur, kata penganalisis. 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum kenaikan dengan dibuka tinggi pada Isnin berikutan dana asing terus membeli saham tempatan, mencerminkan keyakinan luar yang berterusan terhadap pasaran Malaysia.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan sebelum ini untuk ditutup tinggi, mengekalkan paras tertinggi selama lebih enam tahun, didorong oleh minat belian berterusan dalam saham teknologi manakala pengukuhan ringgit berbanding dolar AS terus meningkatkan sentimen pelabur.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung Sederhana

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas ditutup kukuh sehari sebelum itu.

Kee Ming Group Sasar Kumpul RM31.50 Juta IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) - Kee Ming Group Bhd menyasar mengumpulkan RM31.50 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO) menjelang penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 12 Februari, 2026.

Manforce Dapat Kelulusan Penyenaraian Ke Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Manforce Group Bhd telah mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Indeks Komposit Turun Di Bawah Paras 1,700

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, turun di bawah paras 1,700 berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan serta prestasi lemah di pasaran serantau di tengah-tengah peningkatan ketegangan geopolitik yang menjejaskan minat risiko pelabur.

AHAM Capital Agih Pendapatan RM1.39 Bilion Merangkumi 84 Dana Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak RM1.39 bilion bagi tahun kewangan 2025 merangkumi 84 dana borong dan runcit.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen serantau yang bercampur-campur.