BERITA TERKINI   Konflik AS-Iran: Kedua-dua pihak perlu berundur dan segera kembali kepada diplomasi dengan lebih serius - PM | Konfrontasi antara Washington dan Tehran akan pengaruhi Timur Tengah - Anwar | PM Anwar luah kebimbangan mendalam terhadap ketegangan memuncak antara AS dan Iran | 

Bursa Malaysia Dibuka 0.63 Peratus Lebih Tinggi, Catat Paras Tertinggi Baharu Sejak Jun 2018

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada Selasa, dibuka 0.63 peratus lebih tinggi untuk mencatatkan paras tertinggi baharu sejak Jun, 2018, disokong oleh kemasukan berterusan dana asing susulan aliran keluar besar-besaran tahun lepas.

Pada jam 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.11 mata kepada 1,755.18 daripada 1,744.07 ketika ditutup pada Isnin selepas memulakan dagangan 5.18 mata lebih tinggi pada 1,749.25.

Indeks penanda aras juga dibuka melepasi paras tertinggi sebelumnya, iaitu 1,755.14 dicatatkan pada 5 Jun, 2018.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 244 berbanding 149 manakala 346 kaunter tidak berubah, 1,999 tidak diniagakan dan 66 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 212.73 juta saham bernilai RM169.47 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Len berkata Wall Street menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi, manakala hasil 10 tahun AS turun sedikit kepada 4.213 peratus.

Di peringkat tempatan, beliau berkata FBM KLCI melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun, disokong oleh pengumpulan dana asing.

“Kami percaya dana asing akan terus mengalir ke Malaysia susulan aliran keluar yang banyak tahun lepas. Bagaimanapun, kami menjangkakan berlaku pembetulan dalam jangka masa terdekat, justeru indeks diunjurkan akan berada dalam julat 1,740-1,750 hari ini.

“Sementara itu, kami melihat lonjakan dalam niaga hadapan minyak sawit mentah, disokong oleh peningkatan permintaan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan yang akan datang. Selain itu, ringgit akhirnya telah melepasi paras 4.0, tertinggi sejak 2018,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 14 sen kepada RM11.64, Tenaga Nasional menambah 12 sen kepada RM14.10, CIMB was 11 sen higher at RM8.73, Press Metal increased nine sen to RM7.65, and Petronas Chemicals melonjak enam sen kepada RM3.40.

Bagi saham aktif, Greentronics dan SP Setia menambah 1.5 sen masing-masing kepada 25 sen dan 97 sen, AirAsia X naik sembilan sen kepada RM2.28, manakala Capital A tidak berubah pada 59 sen, MMAG merosot setengah sen kepada 4.5 sen dan penampilan pertama One Gasmaster dalam Pasaran ACE susut 2.5 sen kepada 22.5 sen.

Saham paling untung menyaksikan Nestle naik 30 sen kepada RM116.30, Malaysian Pacific melonjak 20 sen kepada RM32.78, Hong Leong Bank menokok 18 sen kepada RM24.68, Malayan Cement menambah 15 sen kepada RM7.90, dan Hong Leong Financial meningkat 12 sen kepada RM21.42.

Antara saham paling rugi, United Plantations, turun 16 sen kepada RM30.70, Petronas Gas dan QL Resources merosot 12 sen masing-masing kepada RM18.46 dan RM4.13, Spritzer susut lapan sen kepada RM3.0, manakala Ajinomoto berkurangan enam sen kepada RM13.70.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 66.92 mata kepada 12,866.07, Indeks FBM Top 100 meningkat 69.06 mata kepada 12,669.23 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 29.83 mata kepada 12,430.22.

Indeks FBM 70 menokok 46.22 mata kepada 17,667.05, bagaimanapun Indeks FBM ACE merosot 5.67 mata kepada 4,843.04.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 216.42 mata kepada 21,413.65, Indeks Tenaga menambah 3.33 mata kepada 768.19, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 1.12 mata kepada 178.40, namun Indeks Perladangan turun 3.19 mata kepada 8,441.94.

-- BERNAMA