2hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, dipengaruhi aktiviti pengambilan untung dalam saham produk dan perkhidmatan industri, produk dan perkhidmatan pengguna serta pembinaan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- PMB Investment Bhd mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 8.88 sen seunit bagi PMB Shariah Growth Fund untuk tahun kewangan berakhir 28 Feb 2026, dengan jumlah pengagihan kasar berjumlah RM10,593,976.21.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Lebih daripada RM7 bilion telah disalurkan menerusi dana Malaysia Co-investment Fund (MyCIF) bagi membiayai lebih 11,500 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan syarikat pemula niaga sejak 2019, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Datuk Mohammad Faiz Azmi.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Telekom Malaysia Bhd (TM) menjalin kerjasama strategik untuk memperkukuh kerjasama dalam penyelesaian tenaga hijau dan membangunkan infrastruktur tenaga dan telekomunikasi yang lebih pintar, mampan dan saling berhubung di seluruh negara.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Tiada pakej rangsangan ekonomi akan diperkenalkan buat masa ini susulan konflik di Asia Barat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Isnin, menjejaki penurunan Wall Street malam sebelumnya susulan kenaikan harga minyak mentah.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, disokong oleh kelemahan sederhana dolar, namun ketidaktentuan geopolitik yang berterusan serta harga minyak yang tinggi mengehadkan kenaikan.
3hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Penggubal dasar berkemungkinan menilai keadaan terlebih dahulu sebelum menaikkan kadar faedah bagi mengekang inflasi yang berpunca daripada kesan konflik di Asia Barat serta lonjakan harga minyak, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
3hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Ketika Formula 1 (F1) membuka kalendar 2026 bermula di Melbourne, Australia dari 6 hingga 8 Mac, sukan permotoran itu kini menghadapi cabaran geopolitik yang paling sukar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
4hari ago
ISKANDAR PUTERI, 14 Mac (Bernama) -- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Cheah Fah melancarkan fasa kedua pengembangannya, susulan sumbangan RM23 juta daripada Kumpulan Sunway (Sunway), bagi menampung peningkatan pendaftaran pelajar seiring dengan pembangunan di koridor selatan Johor.
4hari ago
KOTA KINABALU, 14 Mac (Bernama) -- Sabah sedang memantau kesan konflik global terhadap sistem rantaian bekalan barangan serta implikasinya kepada pengguna di negeri itu menerusi Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Bekalan minyak Malaysia kekal stabil, disokong oleh penyumberan minyak mentah dan produk yang pelbagai, serta infrastruktur penyimpanan laut dalam dan terminal di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).