BERITA TERKINI   Isu kesesakan dan kekurangan mesin pengimbas di Linkedua akan dibawa ke KDN - Loke | Dua sindiket pengedaran dadah tumpas, dadah RM4.7 juta dirampas dalam operasi di Johor Bahru - Polis | Seramai 60,000 pelajar disasar terima manfaat MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) dengan peruntukan RM18.5 juta - Anthony Loke | Tiga individu ditahan bantu siasatan kes lelaki maut ditembak di Skudai pada 9 Mei lepas - Polis | PRN Johor tidak dibincangkan dalam Mesyuarat MT UMNO dan pertemuan dengan Agong hari ini - Ahmad Zahid | 

PMB Investment Umum Agihan Pendapatan 8.88 Sen Seunit Bagi PMB Shariah Growth Fund

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- PMB Investment Bhd mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 8.88 sen seunit bagi PMB Shariah Growth Fund untuk tahun kewangan berakhir 28 Feb 2026, dengan jumlah pengagihan kasar berjumlah RM10,593,976.21.

Dalam satu kenyataan, PMB Investment berkata nilai aset bersih (NAB) seunit sebelum pengagihan ialah RM1.6676 dan diselaraskan kepada RM1.5788 selepas pengagihan.

“Pengagihan ini, dikreditkan berdasarkan tarikh selepas 28 Feb 2025, mewakili hasil sebanyak 5.73 peratus berdasarkan NAB penutup seunit,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif PMB Hang Tuah Amin Tajudin berkata PMB Shariah Growth Fund mencatat pulangan setahun sebanyak 7.55 peratus dan pulangan tiga tahun 21.44 peratus sehingga 28 Feb 2026, menunjukkan daya tahan dana tersebut melalui kitaran pasaran yang berbeza-beza.

Beliau berkata portfolio dana itu memperuntukkan 80 hingga 99.5 peratus NAB kepada saham dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh syariah, manakala baki dalam instrumen pasaran wang Islam, deposit, sukuk, dan pelaburan lain yang dibenarkan, sentiasa dioptimumkan untuk menghadapi landskap ekonomi yang sentiasa berubah.

-- BERNAMA