BERITA TERKINI   Penguasaan teknologi baharu perlu seiring pemerkasaan jati diri dan warisan budaya tempatan - PM Anwar | 

Terdapat 209 berita berdasarkan kata kunci carian " pelarasan"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kelemahan Dolar

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh kelemahan dolar AS berikutan jangkaan yang semakin meningkat terhadap pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) dalam beberapa bulan akan datang.

Lebih 90 Peratus Polisi Dilaraskan Alami Pelarasan Premium Kurang 10 Peratus - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Lebih 90 peratus daripada polisi dilaraskan mengalami pelarasan premium yang kurang daripada 10 peratus dan lebih 200,000 polisi mendapat manfaat penangguhan pelarasan premium dan lebih 14,000 polisi telah diaktifkan semula setakat 30 April, 2025, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Sektor Pembuatan Malaysia Papar Petunjuk Stabil Pada Julai -- S&P Global

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia menunjukkan tanda-tanda stabil pada Julai dengan kadar penyederhanaan mereda ketika persekitaran permintaan pulih secara beransur-ansur, kata S&P Global.

Asas Kewangan Malaysia Terima Pujian IMF

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kekukuhan kewangan Malaysia dan fleksibiliti pasaran menyokong daya tahan negara terhadap kejutan luaran dan aliran keluar modal, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Penganalisis Unjur Kadar Inflasi Malaysia 2.0-2.2 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi 2025 diunjur pada 2.0 peratus, disokong oleh pelaksanaan langkah pelarasan fiskal secara berperingkat dan teratur selain tekanan permintaan yang sederhana, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Firma Penyelidikan Turunkan Unjuran Inflasi Kepada 1.5-1.8 Peratus Bagi 2025

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Firma penyelidikan menyemak semula unjuran inflasi utama Malaysia bagi 2025 dengan menurunkannya kepada 1.5 peratus hingga 1.8 peratus.

CLMT Optimis Prospek Separuh Kedua, Namun Berhati-hati Impak SST, Tarif Tenaga Baharu

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) optimis terhadap prospeknya bagi separuh kedua 2025, disokong oleh pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun lepas.

KDNK Suku Kedua Malaysia Dianggarkan Berkembang 4.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 4.5 peratus pada suku kedua 2025 berdasarkan anggaran awal, mengatasi peningkatan sebanyak 4.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Penurunan OPR Lonjak Keyakinan Pembeli - PropertyGuru

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini boleh mewujudkan persekitaran pinjaman yang lebih menggalakkan dan mengukuhkan keyakinan pembeli hartanah, menurut Pengurus Negara PropertyGuru dan iProperty Malaysia, Kenneth Soh.

Jualan Perdagangan Borong, Runcit Pada Mei Naik 4.4 Peratus Kepada RM154.3 Bilion - DOSM

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM154.3 bilion pada Mei 2025, mencerminkan pertumbuhan 4.4 peratus tahun ke tahun (y-o-y), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pertumbuhan Ekonomi Sederhana 4.3 Peratus Berikutan Tekanan Tarif, IPP Perlahan

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd menjangkakan pertumbuhan Malaysia yang sederhana kepada 4.3 peratus tahun ke tahun (y-o-y), selaras dengan kenaikan tarif dan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) yang lebih perlahan, menunjukkan potensi kelembapan pada suku kedua 2025 (S2 2025).

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Aliran Meningkat Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka menunjukkan aliran meningkat minggu depan, disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).