Terdapat 557 berita berdasarkan kata kunci carian " ketua pegawai eksekutif"

Sarawak Energy, Japan Bank For International Cooperation Jalin Kerjasama Dalam Tenaga Bersih ASEAN

Daripada Karina Imran

OSAKA, 31 Mei (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) untuk bekerjasama dalam pembangunan tenaga boleh baharu (RE), mempertingkatkan infrastruktur tenaga rentas sempadan dan bertukar-tukar pengetahuan teknikal.

Axiata Lantik Didi Syafruddin Sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Axiata Group Bhd melantik Didi Syafruddin Yahya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa 1 Jun, 2025.

Proton Lantik Ainol Azmil Sebagai Pemangku Timbalan CEO

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) telah mengumumkan pelantikan Ainol Azmil sebagai pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuatkuasa 10 Jun 2025. 

Untung Bersih Bank Islam Turun Kepada RM126.27 Juta Bagi Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) mencatatkan keuntungan bersih RM126.27 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025, turun 3.53 peratus daripada RM130.73 juta yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan 2024.

Hab Logistik Pintar YCH Group Pemangkin Kesalinghubungan Serantau - Tengku Zafrul

SHAH ALAM, 29 Mei (Bernama) -- Supply Chain City Malaysia (SCC MY), kompleks logistik pintar YCH Group bernilai RM500 juta di Bandar Bukit Raja, Klang, dekat sini, dijangka menjadi pemangkin penting dalam kesalinghubungan serantau, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. 

Bursa Malaysia, Fullgoal HK, CGS MY Meterai MoU Bagi Mudahkan Penyenaraian ETF Asing

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd, Fullgoal Asset Management (HK) Ltd (Fullgoal HK) dan CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memudahkan penyenaraian dana dagangan bursa (ETF) asing di Bursa Malaysia.

Inisiatif Hijau ASEAN Berpotensi Jana Pendapatan Tambahan US$300 Bilion Menjelang 2030 - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- ASEAN berpotensi menjana pendapatan tambahan sebanyak US$300 bilion daripada aktiviti hijau setahun dan memanfaatkan nilai baharu sehingga US$1.5 trilion menjelang 2030 melalui pemerkasaan pelaburan hijau dan kerjasama rentas sempadan dalam grid tenaga serantau, pasaran karbon dan insentif tenaga bersih. (US$1=RM4.23)

BAADER Buka Kilang Baharu Di Shah Alam, Perkukuh Kehadiran Serantau Dan Inovasi

SHAH ALAM, 28 Mei (Bernama) -- BAADER, peneraju global dalam bidang pemprosesan dan teknologi makanan, secara rasmi membuka kilang pengeluaran terbaharunya, BAADER Food Systems Asia Sdn Bhd, di sini hari ini.

Malaysia Boleh Perkukuh Industri Semikonduktor Bagi Perkasa Inovasi Agro - Liew

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Malaysia boleh memanfaatkan dan memperkukuh industri semikonduktor untuk memperkasakan inovasi dalam sektor pertanian terutamanya bagi memastikan keselamatan makanan, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Pavilion Malaysia Capai Urus Niaga Perdagangan Bernilai RM235 Juta Di Semicon Sea 2025

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Sembilan syarikat tempatan yang dipamerkan di bawah Pavilion Malaysia dan diselaraskan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah berjaya memperoleh urus niaga perniagaan bernilai RM235 juta (US$52.9 juta) di Ekspo SEMICON Asia Tenggara (SEA) 2025 baru-baru ini.

CIMB Bank, UnionPay Bekerjasama Pertingkat Perkhidmatan Pembayaran Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- CIMB Bank Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama UnionPay International (UPI) bagi mempertingkatkan perkhidmatan pembayaran di Malaysia.

Keuntungan Bersih Suku Ketiga Hong Leong Financial Group Susut Kepada RM714.12 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih suku ketiga Hong Leong Financial Group Bhd (HLFG) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 susut kepada RM714.12 juta berbanding RM818.07 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.