BERITA TERKINI   GSF 2.0: Usaha diplomatik sedang digerakkan dengan negara serantau dan Turkiye untuk pembebasan aktivis - KP SNCC | Semua aktivis GSF 2.0 diculik dari kapal masing-masing bawah ancaman senjata - KP SNCC | GSF 2.0: Kesemua 50 buah kapal bawa 428 aktivis dari 40 negara dipintas secara haram oleh rejim Zionis Israel di perairan antarabangsa - KP SNCC | Eksport naik 36.9 peratus tahun ke tahun kepada RM182.74 bilion pada April 2026, import meningkat 20 peratus kepada RM153.99 bilion, menjana lebihan dagangan RM28.75 bilion - MATRADEĀ  | Perdagangan Malaysia meningkat 28.6 peratus tahun ke tahun pada April 2026, pertumbuhan paling pesat sejak September 2022, mencecah RM336.73 bilion - MATRADE | 

Proton Lantik Ainol Azmil Sebagai Pemangku Timbalan CEO

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) telah mengumumkan pelantikan Ainol Azmil sebagai pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuatkuasa 10 Jun 2025. 

Pembuat kereta itu berkata Ainol akan mengambil alih peranan Roslan Abdullah, yang akan meninggalkan jawatannya selepas berkhidmat selama lima tahun sebagai Timbalan CEO dan melaporkan terus kepada CEO kumpulan, Dr Li Chunrong.

"Pada masa yang sama, beliau akan terus berkhidmat melalui portfolio sedia ada dalam strategi korporat dan perolehan teknikal kumpulan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini. 

 Syarikat itu berkata Roslan telah membantu Proton mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama terkemuka di Malaysia, beliau turut membantu Proton memasuki pasaran kenderaan elektrik dengan produk pertamanya, Proton e.Mas 7.

“Proton mengalu-alukan Ainol sebagai pemangku Timbalan CEO. Kami yakin dengan kemampuannya untuk mengambil alih jawatan sementara ini.

-- BERNAMA