BERITA TERKINI   Piala Uber: Jepun 1 Malaysia 0: Akane Yamaguchi kalahkan K. Letshanaa 21-19, 21-17 | Piala Thomas: Malaysia 4 Finland 1: Soh Wooi Yik-Tee Kai Wun menewaskan Ananda Galvani Daniswara-Alvar Melleri 21-7, 21-14 | Piala Thomas: Malaysia 0 Finland 1: Leong Jun Hao kalah kepada Joakim Oldorff 17-21, 15-21 | Isu Kerajaan Negeri Sembilan: UMNO pusat akan bertemu ADUN UMNO negeri dalam masa terdekat - Ahmad Zahid | UMNO akan bertemu PM Anwar, bincang isu Kerajaan Negeri Sembilan - Ahmad Zahid | 

CIMB Bank, UnionPay Bekerjasama Pertingkat Perkhidmatan Pembayaran Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- CIMB Bank Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama UnionPay International (UPI) bagi mempertingkatkan perkhidmatan pembayaran di Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, CIMB berkata kerjasama berkenaan bertujuan menambah baik pengalaman pembayaran bagi pemegang kad UnionPay khususnya dalam sektor berfrekuensi tinggi seperti runcit, pengangkutan, penjagaan kesihatan dan e-dagang.

Bank itu berkata UPI juga akan membekalkan kepada peniaga CIMB dengan akses perkhidmatan pengesahan keselamatan hak milik sekali gus mengoptimumkan persekitaran penerimaan e-dagang dan pembayaran digital di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Gurdip Singh Sidhu berkata kerjasama ini menyerlahkan komitmen bank untuk memajukan penyelesaian pembayaran yang menawarkan kemudahan lebih besar serta peluang pertumbuhan kepada pelanggan.

“Kerjasama dengan UPI membolehkan liputan penyelesaian yang lebih luas di antara ASEAN-China dengan global sekali gus memberikan pelanggan akses serta keselamatan yang lebih baik, terutamanya semasa perjalanan dan perdagangan rentas sempadan,” katanya.

-- BERNAMA