Terdapat 79 berita berdasarkan kata kunci carian " anthony loke"

Kerajaan Peruntuk RM1.9 Bln Untuk Bas Baharu Prasarana - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kementerian Kewangan telah memperuntukkan RM1.9 bilion kepada Prasarana Malaysia Bhd untuk membeli 1,660 bas diesel dan elektrik baharu secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun.

Fasa Pertama Perlis Inland Port Berupaya Kendali 300,000 TEU Kontena Setahun - Loke

PADANG BESAR, 24 Mac (Bernama) — Fasa 1 Projek Perlis Inland Port (PIP) di Chuping, di sini, dijangka siap pada suku ketiga tahun ini berupaya mengendalikan 300,000 bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena setahun.

Tempahan Pesawat Baharu MAG Kukuhkan Komitmen Untuk Pertumbuhan - PM Anwar

PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) membuat tempahan tinggi melibatkan 30 pesawat Boeing 737, meliputi 18 pesawat Boeing 737-8 dan 12 pesawat Boeing 737-10 dengan kuasa enjin CFM LEAP-1B, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MAG Terima 30 Pesawat Berbadan Sempit Boeing 737 Baharu

PUTRAJAYA,  21 Mac (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) telah mengumumkan pemerolehan 30 pesawat baharu terus daripada Boeing sebagai sebahagian daripada strategi pemodenan pesawatnya.

Kerjasama Menzies-MMAG Perkukuh Sektor Penerbangan Malaysia - Loke 

SEPANG, 24 Feb (Bernama) -- Kerjasama Menzies Aviation dan MMAG Sky Services Sdn Bhd bersedia menerapkan kepakaran antarabangsa dalam sektor penerbangan Malaysia, dengan sasaran untuk mengembangkan perniagaan mereka dan meningkatkan kualiti perkhidmatan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Kerajaan Johor Rangka Pelan Induk Bagi JS-SEZ - Onn Hafiz

ISKANDAR PUTERI, 19 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor ketika ini sedang merangka pelan induk bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Manfaatkan Sokongan Kerajaan, Teknologi Bagi Perkasa Sektor Logistik - Loke

SUBANG JAYA, 19 Feb (Bernama) -- Sektor logistik perlu memanfaatkan sokongan kerajaan seperti pengecualian cukai bagi kompleks logistik pintar untuk memperkasa sektor itu selain menggalakkan penerimagunaan teknologi Industri 4.0, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

MRT, Sunway Bekerjasama Bangun Pembangunan Bersepadu Bukit Chagar Dengan GDV RM2.6 Bilion

JOHOR BAHRU, 13 Feb (Bernama) -- Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Sunway Integrated Properties Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik untuk membangunkan Pembangunan Bersepadu Bukit Chagar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan melebihi RM2.6 bilion.

Sarawak Muktamadkan Ambil Alih MASwings, Kini Dikenali Sebagai AirBorneo

KUCHING, 12 Feb (Bernama) -- Kerajaan Sarawak hari ini memeterai perjanjian jual beli dengan Malaysia Aviation Group (MAG), sekali gus memuktamadkan pengambilalihan MASwings yang kini dinamakan sebagai AirBorneo. 

Loke Harap Penyusunan Semula MAHB Dimuktamadkan Tidak Lama Lagi

PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Penyusunan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) diharap dapat dimuktamadkan tidak lama lagi, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Trafik Penumpang Udara Malaysia Diunjur Melonjak Tahun Ini, Pacu Pemulihan Berterusan

PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengunjurkan trafik penumpang udara Malaysia mencapai antara 105.8 juta hingga 112.9 juta penumpang tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

MRT Corp Anugerah Kontrak Sivil Utama LRT Laluan Mutiara Kepada SRS Consortium

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), hari ini menandatangani perjanjian Kontrak Sivil Utama (CMC) bagi Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara bersama SRS Consortium Sdn Bhd yang bernilai RM8.31 billion.