BERITA TERKINI   Bantuan Wang Ihsan akan disalurkan ketika mangsa banjir masih berada di PPS - TPM Ahmad Zahid | Cadangan naikkan jumlah Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa bencana akan dibawa ke mesyuarat Kabinet - TPM Ahmad Zahid | Sukan SEA 2025: Malaysia capai sasaran pingat ke-200 dengan raih emas acara berbasikal trek kejar-mengejar berpasukan lelaki | Sukan SEA 2025: Pelumba basikal trek negara Nur Aisyah Mohamad Zubir raih pingat emas acara scratch wanita | Sukan SEA 2025: Pelumba basikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom rangkul pingat emas acara keirin lelaki | 

Trafik Penumpang Udara Malaysia Diunjur Melonjak Tahun Ini, Pacu Pemulihan Berterusan

PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengunjurkan trafik penumpang udara Malaysia mencapai antara 105.8 juta hingga 112.9 juta penumpang tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata peningkatan jumlah penumpang itu dijangka melebihi rekod yang dicatatkan pada 2019 iaitu 109.3 juta dan mewakili pertumbuhan antara 8.4 peratus hingga 15.6 peratus tahun ke tahun.

“Pertumbuhan ini dijangka didorong oleh penambahan kapasiti tempat duduk oleh syarikat penerbangan, peningkatan permintaan untuk perjalanan antarabangsa, dan peningkatan keseluruhan pendapatan isi rumah.

“Syarikat penerbangan juga dijangka meningkatkan kapasiti sebanyak 15.8 peratus pada 2025 berbanding tahun sebelumnya, dan ini didorong oleh peningkatan ketara perjalanan domestik, yang diunjurkan 21.1 peratus tahun ke tahun,” katanya pada sidang media mengenai prestasi trafik penumpang dan kargo Malaysia bagi 2024 serta unjuran bagi 2025 di sini, pada Rabu.

Beliau berkata tiga rantau teratas yang dijangka mengalami pertumbuhan kapasiti tempat duduk dari Malaysia ialah Afrika, Eropah dan Asia Selatan.

-- BERNAMA