8bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Pendapatan TH Plantations Bhd (THP) meningkat 14 peratus kepada RM179.13 juta bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2025 daripada RM157.31 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
8bulan ago
LANGKAWI, 23 Mei (Bernama) -- Global Component Asia, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat awam dan tentera tempatan memperkukuh keupayaan aeroangkasa dan daya saing pertahanan negara dengan membangunkan kepakaran tempatan dalam bidang itu.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- ASEAN perlu mengambil langkah berani untuk menangani cabaran perdagangan utama melalui perjanjian yang boleh dikuatkuasakan bagi mengurangkan halangan bukan tarif, memperluas pengiktirafan bersama, serta mempercepat pelaksanaan ASEAN Single Window bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Citadel Trustee Bhd menerusi unit amanah perancang kekayaan persendiriannya, Citadel Dynasty Trust (CDT), menyasarkan aset di bawah pengurusan (AUM) bernilai RM10 bilion dalam tempoh lima tahun susulan pelancaran unit berkenaan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengesahkan komitmen negara untuk mempercepatkan pertumbuhan dalam sektor aeroangkasa serta pembinaan dan pembaikan kapal bagi mengukuhkan daya tahan ekonomi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Public Bank Bhd (Public Bank) melaporkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM1.75 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 (S1 2025) berbanding RM1.65 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Aeon Co (M) Bhd untuk suku pertama 2025 melonjak 18 peratus kepada RM68.10 juta berbanding RM57.39 juta yang dicatatkan pada tahun sebelum ini, disokong oleh perbelanjaan bermusim yang meningkat susulan perayaan-perayaan yang berlaku dalam suku tersebut.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Kemunculan Malaysia sebagai peneraju utama pusat data serantau pada masa ini semakin ketara, namun langkah berani selanjutnya oleh negara ini adalah dengan memastikan ledakan infrastruktur digital ini memberikan penggandaan ekonomi penting meliputi industri dan komuniti.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan Program Sinergi Rantaian Bekalan Premier Chery yang menghimpunkan 35 pembekal global dalam usaha mempercepat pembangunan sektor automotif Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat PeterLabs Holdings Bhd dan anak syarikatnya Thye On Tong Trading Sdn Bhd (TOT) susulan dakwaan salah laku melibatkan seorang pengarah eksekutif syarikat itu.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Lima projek pelaburan utama dipermudah sepenuhnya melalui Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia Johor (IMFC-J) setakat ini, mewakili pelaburan komited RM16.5 bilion di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
8bulan ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
BEIJING, 19 Mei (Bernama) – GE Aerospace merancang untuk terus memperluas operasinya di Malaysia dan rantau Asia Pasifik sambil memperkukuh keupayaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).