BERITA TERKINI   Sekolah Angkat MADANI: Tokoh korporat dan penaja digalak turun padang santuni pelajar, kongsi pengalaman – PM Anwar | Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia nikmati kadar elektrik lebih adil - Suruhanjaya Tenaga | Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu | Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$119.9 bilion pada 13 Jun, 2025, berbanding US$119.60 bilion yang dicatatkan pada 30 Mei 2025 | 

SPRM Serbu Pejabat PeterLabs Susulan Siasatan Salah Laku Libatkan Pengarah Eksekutif

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat PeterLabs Holdings Bhd dan anak syarikatnya Thye On Tong Trading Sdn Bhd (TOT) susulan dakwaan salah laku melibatkan seorang pengarah eksekutif syarikat itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat yang terlibat dalam produk kesihatan dan pemakanan haiwan itu memaklumkan bahawa pegawai SPRM merampas beberapa dokumen dan fail yang dipercayai berkaitan dengan siasatan ke atas Pengarah Eksekutif PeterLabs Datuk Loh Saw Foong.

Loh turut memegang jawatan sebagai Pengurus Besar TOT, sebuah syarikat pengedar barangan pengguna cepat laris (FMCG).

Pada 9 Mei lepas, PeterLabs membuat laporan rasmi kepada SPRM terhadap Loh atas dakwaan salah laku, konflik kepentingan serta pelanggaran tanggungjawab fidusiari.

Syarikat itu turut berkata Lembaga Pengarah akan membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat sebarang perkembangan material, selaras dengan Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd dan obligasi perundangan yang berkaitan.

-- BERNAMA