BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Selangor 2-0 Cong An Hanoi FC | 

Terdapat 1030 berita berdasarkan kata kunci carian " sedia"

Affin Lancar Keistimewaan Baharu Kepada Pemegang Kad Premier

SHAH ALAM, 30 April (Bernama) -- Affin Group hari ini memperkenalkan keistimewaan eksklusif baharu kepada pemegang kad Affin Premier selain menawarkan pengalaman golf kelas pertama dalam persekitaran moden dan santai dengan kerjasama restoran La Casa Leal.

Hartanah Kenyalang Lancar Prospektus IPO, Sasar Kumpul RM19.3 Juta

KUCHING, 30 April (Bernama) -- Hartanah Kenyalang Bhd (Hartanah Kenyalang) telah melancarkan prospektus menjelang tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia bagi mengumpul RM19.3 juta berdasarkan harga IPO sebanyak RM0.15 sesaham.

SIRIM Sedia Bantu Syarikat Kosmetik Malaysia Menerusi Inovasi, Penyelidikan

SHAH ALAM, 30 April (Bernama) -- SIRIM Bhd (SIRIM) melancarkan lima inovasi kosmetik yang sedia untuk memasuki pasaran, dengan setiap satu dilengkapi perlindungan harta intelek (IP), bagi pemain industri yang berminat.

BNM Kenakan Denda Berjumlah RM35,000 Ke Atas Merchantrade Asia, JAGS Money

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan denda sejumlah RM35,000 dalam bentuk penalti monetari pentadbiran (AMP) ke atas Merchantrade Asia Sdn Bhd dan JAGS Money Sdn Bhd.

Reach Ten, CelcomDigi Bekerjasama Untuk Sediakan Liputan Selular Di Luar Bandar Sarawak

KUCHING, 30 April (Bernama) -- Pembekal perkhidmatan telekomunikasi bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, Reach Ten Holdings Bhd bekerjasama dengan CelcomDigi Bhd untuk menyediakan liputan selular kepada komuniti luar bandar melalui penggunaan tenaga dan kos rendah serta perkhidmatan stesen pangkalan sel kecil high data load.

Kilang Butterworth Bantu Atasi Kekangan Kapasiti Kilang Shah Alam, Bentong - CEO F&N

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) bersedia memulakan operasi di kilangnya di Butterworth setelah dinaik taraf bagi mengurangkan kekangan kapasiti pengeluaran yang sedang dihadapi di kemudahan Shah Alam dan Bentong.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Teruskan Aliran Meningkat

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran naik semasa awal dagangan pada Selasa, meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong minat belian ke atas mata wang tempatan, dalam keadaan penurunan Indeks Dolar AS (DXY).

Anak Syarikat Meta Bright Peroleh Kontrak Bekal Konkrit Untuk Projek Di Sabah

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Meta Bright Group Bhd (MBGB) menerusi anak syarikat 70 peratus miliknya, Expogaya Sdn Bhd memperoleh kontrak pembekalan konkrit berjumlah RM30 juta bagi projek Boulevard 360 Bundusan di Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. 

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak menentu minggu depan berikutan ketidaktentuan ekonomi global dan dinamik geopolitik yang berubah.

Bina Puri Sedia Beri Kerjasama Penuh Dalam Siasatan Aktiviti Dagangan

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bina Puri Holdings Bhd menyatakan pihaknya bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan ke atas aktiviti dagangan luar biasa melibatkan sahamnya, serta beberapa syarikat lain.

UEM Edgenta Meterai Kontrak Sediakan Perkhidmatan Sokongan Hospital Bernilai S$220 Juta

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung UEM Edgenta Bhd, UEMS Solutions Pte Ltd telah menandatangani kontrak dengan ALPS Pte Ltd untuk menyediakan perkhidmatan sokongan hospital di Singapura bernilai kira-kira S$220.48 juta (kira-kira RM735.23 juta).