BERITA TERKINI   MARA Corp sasar kurangkan kerugian terkumpul kepada RM49.7 juta menjelang akhir 2026, capai prestasi keuntungan terkumpul menjelang akhir 2027 - Ketua Pengarah | MARA sasar jana nilai melalui pelaburan bersasar, berimpak tinggi berjumlah RM2.2 bilion menjelang 2030, meliputi inisiatif kredit karbon dan pembangunan hartanah bernilai tinggi - Ketua Pengarah | Kerajaan setuju bayar RM200 sebagai pendahuluan Bantuan Khas Insentif Pembajakan, manfaatkan hampir 240,000 pesawah - PM Anwar | Kadar sewa premis semua agensi kerajaan Persekutuan seperti MARA dan UDA dikurangkan, bantu peniaga kecil - PM Anwar | Cuaca panas: TUDM, Bomba diarah tingkat aktiviti pembenihan awan di utara Semenanjung bagi atasi kesukaran dihadapi petani - PM Anwar | 

Affin Lancar Keistimewaan Baharu Kepada Pemegang Kad Premier

SHAH ALAM, 30 April (Bernama) -- Affin Group hari ini memperkenalkan keistimewaan eksklusif baharu kepada pemegang kad Affin Premier selain menawarkan pengalaman golf kelas pertama dalam persekitaran moden dan santai dengan kerjasama restoran La Casa Leal.

Pengarah Eksekutif Perbankan Komuniti Kumpulan Affin Bank Bhd Mohammad Fairuz Mohd Radi berkata keistimewaan terkini itu menandakan komitmen bank dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingan dengan mencipta pengalaman unik.

Katanya, keistimewaan yang ditawarkan itu juga berbaloi seiring dengan aspirasi gaya hidup pelanggan.

 "Bagi meningkatkan lagi program keistimewaan golf sedia ada, kami berbangga untuk bekerjasama dengan La Casa Leal bagi menawarkan akses percuma ke Valderrama Golf Suite.

"Kemudahan akses itu dilengkapi dengan simulator golf canggih dalam suasana peribadi dan bergaya," katanya dalam ucapan perasmian pada Majlis Pelancaran Kerjasama Keistimewaan Golf Affin Cards x La Casa Leal di sini hari ini.

Mohammad Fairuz berkata pemegang kad Affin Premier akan menikmati sesi percuma selama empat jam dengan hidangan ringan selain pilihan untuk membawa sehingga empat tetamu dari 1 Mei hingga 31 Dis, 2025.

"Tetamu yang datang tanpa janji temu tetap akan menerima diskaun 15 peratus ke atas kadar yang dinyatakan bagi kedua-duanya iaitu suite golf dan makanan serta minuman di seluruh kawasan berkenaan," katanya.

Majlis hari ini juga menyaksikan pelancaran edisi kelima Affin Cards Golf Challenge 2025 yang akan menampilkan lima pusingan kelayakan di beberapa padang golf berprestij seluruh negara termasuk di Sarawak dan Sabah.

Mohammad Fairuz berkata pemegang kad Affin perlu membelanjakan jumlah minimum terkumpul iaitu sebanyak RM20,000 antara 1 Mei hingga 31 Julai untuk "membuka peluang" bayaran yuran penyertaan dalam kejohanan khas.

Beliau berkata 20 pemain golf teratas dari setiap pusingan kelayakan akan memperoleh tempat yang dihargai pada perlawanan akhir dan ia akan diadakan di Glenmarie Golf and Country Club pada 12 Okt, 2025.

"Untuk meningkatkan lagi taruhannya, kami teruja untuk bekerjasama dengan Bermaz Auto Bhd yang  menawarkan sebuah Kia Sportage baharu kepada peserta yang membuat "hole-in-one" atau lubang dengan sekali pukulan," katanya.

-- BERNAMA