BERITA TERKINI   Kadar bayaran zakat fitrah di Perak bagi tahun 2026/1447H ditetapkan pada RM10, RM16 dan RM25 - Timbalan Mufti | 

Terdapat 5490 berita berdasarkan kata kunci carian " tinggi"

E&O Rasmi Jambatan Andaman Gurney, Pintu Masuk Baharu Ke Pulau Andaman, P.Pinang

GEORGE TOWN, 12 Dis (Bernama) -- Eastern & Oriental Bhd (E&O) hari ini merasmikan Jambatan Andaman Gurney, sekali gus membuka pintu masuk baharu ke Pulau Andaman dan mengukuhkan komitmen pemaju itu terhadap pembangunan berorientasikan kemampanan di koridor persisir utara Pulau Pinang.

Pekebun Kecil Diingatkan Tidak Terpedaya Dengan Penjualan Baja Tidak Tulen Di Pasaran - MPOB

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Pekebun kecil sawit diingatkan supaya tidak terpedaya dengan penjualan baja tidak tulen di pasaran yang boleh menjejaskan hasil dan menyebabkan kerugian, kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

TNB Raih Anugerah Jenama Terbaik Buat Kali Kelima

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Komitmen berterusan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk memperkukuh kehadiran jenamanya dalam pasaran yang sentiasa berubah diiktiraf apabila syarikat utiliti itu menerima anugerah berprestij Jenama Terbaik 2025–2026 pada majlis World Branding Awards di Osaka, Jepun baru-baru ini.

Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari Dipacu Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada tengah hari ini, didorong oleh sentimen semalaman Wall Street yang positif.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat pada sesi awal dagangan hari ini.

CIMB Unjur Lonjakan Pendapatan Bahan Binaan Cecah 68 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengunjurkan pertumbuhan pendapatan teras sektor bahan binaan Malaysia melonjak kepada 68 peratus pada 2026 berbanding unjuran 15 peratus pada 2025 sebelum menyederhana kepada 16 peratus pada 2027.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjejaki Peningkatan Wall Street

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kebanyakannya prestasi positif Wall Street.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Fed Mengurangkan Kadar

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar faedah untuk kali ketiga tahun ini, menjadikan emas sebagai aset selamat yang lebih menarik kepada pelabur. 

Sarawak Unjur Pelaburan US$7 Bilion Melalui Kerjasama Dengan China - Abang Johari

KUCHING, 11 Dis (Bernama) -- Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju ekonomi hijau di rantau ini dengan unjuran potensi pelaburan US$7 bilion dalam tempoh 10 tahun hasil kerjasama strategik dengan pemain industri antarabangsa.

Ringgit Melonjak Kepada 4.10 Berbanding Dolar AS, Tertinggi Dalam Tempoh Empat Tahun Setengah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup dengan melonjak kepada paras 4.10 berbanding dolar AS pada Khamis, mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh empat tahun dan enam bulan selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah buat kali ketiga pada tahun ini, yang menjejaskan dolar AS.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang positif.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Penurunan Kadar Fed

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti belian pada harga rendah berikutan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mengurangkan kadar penanda arasnya sebanyak 25 mata asas, meskipun pasaran serantau mencatatkan penurunan.