BERITA TERKINI   Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun bentang Belanjawan Sabah 2026 berjumlah RM6.402 bilion | Sukan SEA 2025: Gimnas negara Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam menang pingat emas acara melombol lelaki | Sukan SEA 2025: Malaysia raih pingat emas keenam menerusi atlet karate wanita negara C.Shahmalarani dalam acara kumite wanita bawah 50 kilogram | Sukan SEA 2025: Atlet karate muda negara K.Thevendran raih pingat emas kumite lelaki bawah 55 kilogram, menjadikan ia emas kelima negara | Bahasa Melayu harus diangkat sebagai bahasa ilmu yang dikuasai semua rakyat - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang positif.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat 17 mata kepada 1,629.0, Januari 2026 melonjak 16.5 mata kepada 1,632.0, Mac 2026 naik 17.5 mata kepada 1,615.5 dan Jun 2026 menambah 13.5 mata kepada 1,618.0.

Jumlah dagangan naik kepada 7,790 lot daripada 5,805 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 43,756 kontrak daripada 42,312 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 14.39 mata atau 0.89 peratus kepada 1,625.39 daripada 1,611.00 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA