26hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu & Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kini memasuki fasa yang lebih menumpukan pembangunan bersasar, selaras dengan pelancaran Pelan Pembangunan Pantai Timur (EDP) 2026-2030 serta kejayaan melepasi sasaran pelaburan dan pewujudan kerja ditetapkan Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (EMP 2.0).
26hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Ringgit mengukuh kepada 3.9170 berbanding dolar AS pada rehat tengah hari ini, meneruskan kenaikan daripada sesi sebelum ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meningkat.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Indeks volum eksport dan import Malaysia masing-masing meningkat 13.8 peratus dan 4.0 peratus pada Disember 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
26hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kinergy Advancement Bhd telah merasmikan perkongsian strategik dengan B.Grimm Power Public Co Ltd dari Thailand, yang akan melabur RM41.52 juta untuk memperoleh 49 peratus kepentingan dalam syarikat pelaburan khas Kinergy, Jati Cakerawala Sdn Bhd membabitkan cadangan pembinaan loji janakuasa turbin gas yang baharu.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kementerian serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memberi penekanan serius terhadap aspek penilaian keberkesanan inisiatif berimpak tinggi di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).
26hari ago
KUALA SELANGOR, 28 Jan (Bernama) -- Syarikat Pasaraya BSK Sdn Bhd (BS Freshmart) menyasarkan hasil pendapatan kira-kira RM1.25 bilion menjelang hujung tahun ini.
26hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan dan mengakhiri dagangan sesi pagi dengan prestasi rendah pada Rabu berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan ke atas kaunter mewah terpilih didahului saham perkhidmatan kewangan.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Eksport Malaysia meningkat sebanyak RM14.3 bilion atau 10.4 peratus tahun ke tahun kepada RM153 bilion pada Disember 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
26hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- ISF Group Bhd akan terus mendapat manfaat daripada pengembangan pusat data di Malaysia selepas penyenaraiannya di Pasaran ACE dengan memperoleh lebih banyak projek tahun ini.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Jumlah kedai Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada 10,447 di seluruh negara setakat 26 Jan 2026 berbanding hanya 700 kedai pada 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kekayaan sumber asli, biodiversiti, serta kedudukan strategik negeri Sabah akan dimanfaatkan bersama infrastruktur moden, teknologi hijau dan ekonomi baharu terutamanya dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
26hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengalami penurunan selepas merekodkan kenaikan baru-baru ini untuk dibuka rendah pada Rabu, apabila pelabur mengambil untung susulan pasaran mencapai paras tertinggi baharu dan menilai prestasi tidak menentu di Wall Street, kata penganalisis.