Terdapat 7249 berita berdasarkan kata kunci carian "emas"

Perbadanan Labuan Akan Tumpu Usaha Niaga Perniagaan Pacu Pertumbuhan Mampan

LABUAN, 4 Mei  (Bernama) -- Perbadanan Labuan (LC) sedang mempergiat usaha untuk mengambil bahagian secara langsung dalam usaha niaga permodalan aset, sebagai sebahagian daripada strategi yang lebih luas untuk mencapai kemampanan kewangan jangka panjang dan mengurangkan kebergantungan kepada geran kerajaan.

Krisis Bekalan Global: Keyakinan Pelabur Terhadap Johor Kekal Kukuh - Onn Hafiz

ISKANDAR PUTERI, 4 Mei (Bernama) -- Keyakinan pelabur terhadap Johor kekal kukuh meskipun negara sedang berdepan cabaran besar dengan krisis bekalan global, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari dagangan pertama Mei, disokong oleh aliran masuk asing bersih yang berterusan dan diperkukuh oleh tinjauan positif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prospek ekonomi Malaysia.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan pasaran tunai.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman OPR

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari dagangan pertama Mei, dengan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dijadual berlangsung minggu ini, perkembangan konflik AS-Iran dan data senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan dijangka menjadi penentu hala tuju pasaran.

PuTERA35 Jamin Keadilan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) merupakan dasar negara yang menjamin keadilan dalam pemerkasaan ekonomi Bumiputera, sekali gus memastikan golongan itu mampu bersaing secara adil dalam landskap ekonomi nasional, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Bergerak Dalam Julat US$4,600–US$4,700 Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat sempit antara US$4,600 hingga US$4,700 setiap auns troy minggu depan, susulan jangkaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) akan mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagkan Dalam Jajaran Kecil Antara 1,700 Dan 1,730 Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam mod jajaran kecil dengan kecenderungan berhati-hati antara paras 1,700 hingga 1,730 minggu depan.

SMECorp Perkasa Pendigitalan, Automasi PMKS Bagi Pacu Produktiviti

JOHOR BAHRU, 1 Mei (Bernama) -- Aspek pendigitalan dan automasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) merupakan antara lima bidang tumpuan utama Pelan Strategik Perniagaan (BSP) 2022-2030 SME Corporation Malaysia (SME Corp) bagi mempercepat penggunaan teknologi digital serta meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi.

Azizan Abdul Aziz Dilantik Pengarah Pasaran Modal Islam Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz sebagai pengarah pasaran modal Islam (ICM) berkuat kuasa pada hari ini.

Pulau Pinang Kekal Nadi Eksport, Sumbang Hampir 45 Peratus Eksport Nasional

GEORGE TOWN, 1 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang memasuki suku kedua 2026 dengan ekonominya di landasan amat kukuh, termasuk mempertahan kedudukan sebagai ‘nadi eksport’ Malaysia dengan menyumbang hampir 45 peratus jumlah eksport nasional.

AirBorneo Lancar Promosi Diskaun 20 Peratus Bersempena Dengan Gawai, Kaamatan

KUCHING, 1 Mei (Bernama) -- AirBorneo, syarikat penerbangan milik Sarawak hari ini melancarkan kempen perayaan “Harvest in Unity”, yang menawarkan diskaun 20 peratus ke atas tambang biasa bagi semua 21 destinasi dalam rangkaian Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS).