BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 1-0 Imigresen | 

Terdapat 6454 berita berdasarkan kata kunci carian " syarikat"

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Susulan Jangkaan OPR Kekal

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuaratnya lewat hari ini.

Sektor Elektrik Dan Elektronik Antara Tumpuan Pelaburan Utama Tahun Ini - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) --Sektor elektrik dan elektronik (E&E) terutamanya semikonduktor, akan terus menjadi antara sektor utama untuk pelaburan berpotensi tahun ini, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Tiada Klausa Dalam Perjanjian ART Benar Pihak Luar Melangkaui Undang-undang Malaysia - MITI

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan tiada klausa dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) membenarkan pihak luar melangkaui undang-undang mahupun peraturan domestik Malaysia. 

IJM Jelaskan Akaun Bank Dikenakan Sekatan Sementara Bagi Bantu SPRM

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- IJM Corp Bhd hari ini menjelaskan sebilangan kecil akaun bank syarikat itu dikenakan sekatan sementara bagi membantu usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumpulkan maklumat pada masa ini.

Harga Emas Global Cecah Paras Tertinggi, Lonjakkan Niaga Hadapan Emas Di Bursa Malaysia

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi, menjejaki peningkatan pasaran global apabila harga melonjak ke paras tertinggi baharu iaitu lebih AS$4,800 setiap auns troy.

Ringgit Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Mengenai Tarif AS-EU, Tekanan Bon Kerajaan Jepun Reda

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran semakin baik di tengah-tengah kebimbangan mengenai tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas Kesatuan Eropah (EU) dan risiko geopolitik manakala tekanan di pasaran Bon Kerajaan Jepun (JGB) pula mereda.

Perak Transit Lantik Ismail Jamal Sebagai Pengurus Besar

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Perak Transit Bhd melantik Ismail Jamal sebagai Pengurus Besar berkuat kuasa hari ini.

Ekonomi Negara Catat Pencapaian Baik, Malaysia Jadi Tumpuan Pelabur Asing - Fahmi

PUTRAJAYA, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi negara berada pada landasan betul dengan Malaysia terus menjadi tumpuan pelabur asing dan syarikat besar, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Ekonomi ASEAN+3 Dijangka Berkembang 4.0 Peratus pada 2026 - AMRO

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3 dijangka berkembang 4.0 peratus pada tahun 2026, menurut Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).

Pasaran Getah Pulih Disokong Kenaikan Serantau

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri kerugian baru-baru ini dengan ditutup tinggi pada Rabu, disokong peningkatan niaga hadapan getah serantau dan penyusutan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

MOSTI Teraju Inisiatif AI Teknologi Pintar Bagi Daya Saing Industri

IPOH, 21 Jan  (Bernama) -- Malaysia sedang mengalami transformasi secara mendalam untuk mempercepat penerimagunaan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI), sistem pintar, automasi dan penyelesaian cekap tenaga merentasi sektor, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Harga MSM Kekal Dalam Julat Kecil RM4,000 Hingga RM4,300 Satu Tan Pada Februari - MPOC

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan kekal dalam julat kecil antara RM4,000 satu tan hingga RM4,300 satu tan pada Februari berikutan paras stok dan penyusutan pengeluaran secara bermusim, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).