BERITA TERKINI   Dua maut, empat cedera dalam kemalangan babit dua kenderaan di simpang Felda Sungai Ara dekat Kota Tinggi - bomba | Inflasi Malaysia berada pada 1.4 peratus pada Februari 2026, mata indeks naik kepada 136.0 daripada 134.1 pada bulan sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | Perdagangan Malaysia meningkat 9.5 peratus kepada RM245.2 bilion pada Februari 2026, disokong oleh pengembangan berterusan dalam eksport dan import - Jabatan Perangkaan | Sabotaj Negara: PDRM akan rakam keterangan 14 lagi individu bagi lengkapkan kertas siasatan - KPN | 

Perak Transit Lantik Ismail Jamal Sebagai Pengurus Besar

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Perak Transit Bhd melantik Ismail Jamal sebagai Pengurus Besar berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata Ismail, 46, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) daripada Universiti Teknologi MARA dan merupakan Juruaudit Dalaman Bertauliah untuk Sistem Pengurusan Kualiti (ISO 9001:2008).

Ia berkata Ismail berpengalaman lebih 20 tahun dalam jawatan korporat dan komersial merentas pelbagai sektor, termasuk pengangkutan, minyak dan gas, automotif, peruncitan bahan api, peralatan perubatan dan pentadbiran awam.

“Beliau juga pernah memegang jawatan strategik dalam Kerajaan Negeri Perak, termasuk sebagai Ketua Unit Komunikasi Strategik dan Pegawai Khas Kanan bagi tugas-tugas khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” kata syarikat itu.

Perak Transit berkata sebelum ini, Ismail juga pernah memegang jawatan kanan dalam sektor swasta dan awam, termasuk sebagai Pengurus Kawasan Petronas untuk Perniagaan Komersial (hiliran), di mana beliau menguruskan rangkaian pengedar dan berunding untuk kontrak komersial di seluruh wilayah utara.

-- BERNAMA