16hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Harga minyak mentah dijangka meningkat sehingga paras US$90-US$100 setong berikutan gangguan yang berlaku di loji Ras Tanura milik syarikat minyak kerajaan Arab Saudi, Saudi Aramco, menurut penganalisis.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kerajaan memastikan objektif pengurusan kewangan awam di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (Akta 850) diterjemahkan kepada hasil fiskal yang lebih baik melalui pengukuhan rangka kerja tadbir urus berasaskan peraturan, ketelusan dan akauntabiliti.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kelulusan memperbaharui lesen operasi Lynas Malaysia selama 10 tahun, berkuat kuasa esok, diberikan oleh Jabatan Tenaga Atom di bawah Akta Tenaga Atom 1984 (Akta 304), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Maxis Bhd dianugerahkan gelaran ‘Ikon Transformasi Rangkaian Prestasi’ oleh penerbitan telekomunikasi antarabangsa, The Fast Mode, menerusi program anugerah 2025
18hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran kini menjejaskan operasi lapangan terbang dan akan menimbulkan kesan jangka masa pendek yang ketara terhadap penerbangan dunia dengan agregat kos industri mungkin mencecah lebih US$1 bilion jika situasi menjadi semakin buruk.
19hari ago
JOHOR BAHRU, 28 Feb (Bernama) — Satu jumlah pelaburan yang lebih ‘besar’ bakal diumumkan dalam masa terdekat, susulan perkembangan positif pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
20hari ago
JOHOR BAHRU, 27 Feb (Bernama) -- Bermula daripada minat terhadap makanan berasaskan cendawan, anak jati Pontian ini berjaya mengubah kegemaran itu menjadi perniagaan agro yang mampan, sekali gus sebagai sumber rezeki.
23hari ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah & Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Malaysia sebagai negara yang sebahagian besarnya berorientasi eksport tidak boleh bergantung semata-mata kepada pelarasan tarif untuk meningkatkan daya saing sebaliknya perlu mempelbagaikan asas eksport, kata Ahli Ekonomi Nadia Jalil.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kelewatan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengemukakan penyata kewangan berpunca daripada isu teknikal yang tidak dijangka semasa fasa pembangunan sistem perakaunan dan kewangan MPOB yang baharu iaitu MPOB MyFAS.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- IOI Corporation Bhd (IOI Corp) mencatatkan untung bersih RM528.50 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, meningkat ketara berbanding RM111.10 juta pada suku sama tahun sebelumnya.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd menambah baik data segmen pelabur untuk memberikan butiran lebih terperinci mengenai penyertaan dagangan dalam pasaran.
24hari ago
PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Perjanjian kerajaan yang bersifat strategik dengan firma semikonduktor global Arm Holdings Plc dari United Kingdom akan terus dilaksanakan dalam usaha Malaysia bergerak maju daripada peringkat reka bentik cip “back end” kepada “front end”.