8bulan ago
PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada tahun 2024 meningkat kepada 70.4 peratus berbanding 70 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Disember dan Suku Tahun Keempat 2024.
8bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Harga pasaran getah dijangka diniagakan stabil pada minggu depan, dengan dinamik bekalan dan permintaan saling mengimbangi disebabkan hujan berterusan di negara pengeluar getah dan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina, kata pakar industri Denis Low.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd menjangkakan sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) akan disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran berjumlah RM40.2 bilion.
8bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin, menjejaki trend dalam pasaran niaga hadapan getah serantau disebabkan peniaga dipengaruhi oleh data ekonomi China yang lemah, kata seorang peniaga.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Industri automotif Malaysia mencatatkan rekod jualan keseluruhan industri (TIV) sebanyak 816,747 unit pada 2024, melepasi angka 800,000 unit buat pertama kalinya.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meningkat ke paras 55.8 dalam separuh kedua 2024 berbanding 54.7 dalam separuh pertama, demikian menurut SME Bank Malaysia Bhd.
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, dengan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) mencecah paras tertinggi sejak 2017, mencatatkan 933.5 sen sekilogram pada April, kata peniaga.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) Malaysia kekal positif pada September 2024, mencatat pertumbuhan tahunan 1.8 peratus untuk mencapai 111.5 mata berbanding 109.5 mata pada bulan yang sama setahun lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Harga minyak diunjurkan berada dalam julat antara US$65 dan US$75 (US$1=RM4.46) setong pada 2025, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings).
11bulan ago
Oleh NurulJannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Minat yang dijangka berterusan dalam saham perladangan ketika kenaikan harga minyak sawit mentah dan penurunan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengimbangkan potensi turun naik berikutan pilihan raya AS, menstabilkan prestasi Bursa Malaysia minggu depan.
11bulan ago
KUCHING, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan yakin momentum pembangunan di Sarawak dapat ditingkatkan lagi dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan datang berdasarkan keserasian yang sudah terjalin dengan kerajaan negeri itu.