Terdapat 166 berita berdasarkan kata kunci carian " perumahan"

Paramount Yakin Projek Embun Hills Di Pulau Pinang Terus Raih Sambutan

BUKIT MERTAJAM, 3 Ogos (Bernama) -- Paramount Property (Utara) Sdn Bhd, anak syarikat Paramount Corp Bhd, yakin projek terbaharunya di sini, Paramount Embun Hills mendapat sambutan dan terjual sepenuhnya susulan faktor lokasi yang strategik serta reka bentuknya.

Pengurangan Tarif AS Cetuskan Kesan Limpahan Positif Merentas Sektor-sektor Utama - Nga

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Hasil perdagangan yang progresif seperti keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengurangkan tarif ke atas eksport Malaysia akan memberi kesan limpahan ekonomi yang meluas merentas pelbagai sektor termasuk pembinaan dan pembuatan.

KDNK Malaysia Diunjur 4.5-5.5 Peratus Dalam Tempoh RMK13 Diterajui Permintaan Domestik

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara disasarkan antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus setahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dari 2026 hingga 2030, diterajui permintaan domestik, terutamanya penggunaan dan pelaburan swasta.

AIR2040 Diteruskan, Tumpu Pembangunan Dan Inovasi Teknologi Air Tempatan -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pelan Transformasi Sektor Air 2040 (AIR2040) yang bertujuan mentransformasi sektor air kepada sektor ekonomi yang dinamik akan diteruskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Pertumbuhan KDNK Tahunan Diunjurkan 4.0 Hingga 5.0 Peratus Bagi Tempoh RMK13 - MBSB Investment

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dijangka menyasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mampan pada kadar 4.0 hingga 5.0 peratus setahun dari 2026 hingga 2030, menurut MBSB Investment Bank.

Citadel Trustee, Chester Group Bekerjasama Ubah Pengurusan Hartanah Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Citadel Trustee Bhd dan Chester Group bersedia untuk memperkenalkan platform pengurusan hartanah perintis bertujuan memberikan pertumbuhan yang mantap, pemeliharaan modal serta perancangan kekayaan pelbagai generasi melalui kerjasama strategik yang ditandatangani hari ini. 

MTD Properties Sasar Labur RM4 Bilion Untuk Projek Strategik Baharu Di Melaka

MELAKA, 24 Julai (Bernama) -- MTD Properties menyasar melaksanakan pembangunan strategik baharu di Ayer Keroh membabitkan nilai pelaburan kira-kira RM4 bilion pada masa akan datang.

Inflasi Malaysia Naik Perlahan Kepada 1.1 Peratus Pada Jun 2025

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat perlahan 1.1 peratus pada Jun 2025 dengan indeks mencatatkan 134.5 mata berbanding 133.0 pada bulan yang sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

RUU Kredit Pengguna 2025 Dilulus, SKP Selaras Landskap Kredit Pengguna Negara

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025 bagi melindungi kepentingan pengguna kredit dalam negara.

Kerajaan Dicadang Tubuh Agensi Kepercayaan Kredit, Kawal Selia Kelayakan Peminjam Wang

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kerajaan disyor untuk menubuhkan sebuah agensi kepercayaan kredit atau kredit skor bagi mengawal selia kelayakan pengguna untuk membuat pinjaman wang.

Penurunan OPR Rangsang Permintaan Sederhana Dalam Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka merangsang permintaan sederhana terhadap hartanah secara umum pada separuh kedua 2025, manakala permintaan dalam segmen mewah dijangka kekal kukuh, kata penganalisis.

Penurunan OPR Lonjak Keyakinan Pembeli - PropertyGuru

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini boleh mewujudkan persekitaran pinjaman yang lebih menggalakkan dan mengukuhkan keyakinan pembeli hartanah, menurut Pengurus Negara PropertyGuru dan iProperty Malaysia, Kenneth Soh.