BERITA TERKINI   Ringgit ditutup dengan terus melonjak, mencecah 4.09 berbanding dolar AS - paras paling kukuh dalam tempoh empat tahun dan tujuh bulan | MCMC peruntuk dana RM310 juta bangunkan infrastruktur kesalinghubungan inisiatif Bandar Pintar Negeri Melaka - Fahmi  | Belanjawan Sabah 2026: Penjawat awam negeri terima Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 - Masidi | Belanjawan Sabah 2026 catat belanjawan lebihan RM28 juta – Masidi Manjun | Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun bentang Belanjawan Sabah 2026 berjumlah RM6.402 bilion | 

AIR2040 Diteruskan, Tumpu Pembangunan Dan Inovasi Teknologi Air Tempatan -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pelan Transformasi Sektor Air 2040 (AIR2040) yang bertujuan mentransformasi sektor air kepada sektor ekonomi yang dinamik akan diteruskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata tumpuan akan diberikan untuk mempergiat pembangunan dan inovasi teknologi air tempatan yang cekap air dan mampan melalui kerjasama strategik dalam penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (RDCI).

“Kerjasama dengan kerajaan negeri juga akan diteruskan bagi memastikan kapasiti dan kecekapan bekalan air sejajar dengan peningkatan kawasan perumahan serta permintaan industri,” katanya ketika membentangkann Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini. 

Anwar berkata di bawah pelan tersebut, inisiatif mengurangkan penggunaan air mentah dan menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) serta memperluas penggunaan air pulih guna secara mampan akan terus dilaksanakan.

“Ikhtiar ini sejajar dengan usaha memperkukuh kemampanan syarikat penyedia perkhidmatan bekalan air dan rawatan kumbahan,” kata beliau.

-- BERNAMA