BERITA TERKINI   PM Anwar akan lakukan lawatan kerja dua hari ke Indonesia, mulai 28 Julai bagi menghadiri Rundingan Tahunan ke-13 dengan Presiden Prabowo Subianto - Duta Besar Malaysia ke Indonesia | Rakyat perlu menilai usaha kerajaan berasaskan fakta, bukan ikut sentimen politik - PM Anwar | 

Citadel Trustee, Chester Group Bekerjasama Ubah Pengurusan Hartanah Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Citadel Trustee Bhd dan Chester Group bersedia untuk memperkenalkan platform pengurusan hartanah perintis bertujuan memberikan pertumbuhan yang mantap, pemeliharaan modal serta perancangan kekayaan pelbagai generasi melalui kerjasama strategik yang ditandatangani hari ini. 

Kedua-dua firma itu melalui satu kenyataan bersama berkata platform itu secara unik menggabungkan penggunaan aset yang pelbagai dengan penilaian risiko yang canggih untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berkembang dalam pasaran hartanah dinamik Malaysia.

Produk baharu ini mempunyai kelebihan iaitu dengan mengintegrasikan kepentingan ekuiti dalam hartanah yang dibawah nilai, projek pembangunan, pemilihan ekuiti dan aset penjanaan pendapatan dalam rangka kerja perlindungan aset yang termaju.

"Ia direka untuk menyampaikan pulangan tahunan yang stabil sebanyak 10 hingga 12 peratus, dengan pembayaran suku tahunan yang berulang, sambil memberikan perlindungan daripada risiko undang-undang dan kewangan.

"Penyelesaian perancangan legasi yang disesuaikan turut disediakan untuk peserta bernilai tinggi, memastikan pemindahan kekayaan yang lancar meliputi generasi. Kami mahu mengembangkan portfolio kami kepada RM500 juta menjelang 2026," kata kenyataan itu.

Platform tersebut akan memasuki pasaran pada masa transformasi yang signifikan dalam landskap hartanah Malaysia.

Dengan pertumbuhan ekonomi mula menyaksikan momentum pada akhir 2024 selain usaha kerajaan dalam meningkatkan infrastruktur dan ketersambungan, permintaan dilihat semakin menokok bagi perkembangan yang berorientasikan pinggir bandar serta transit.

Pembeli rumah semakin tertarik dengan harga yang mampu milik, ruang dan kualiti, terutamanya di bandar-bandar yang baru muncul, didorong oleh pembiayaan sokongan serta insentif perumahan.

"Dalam persekitaran yang berkembang ini, terdapat minat yang semakin melonjak dalam penyelesaian yang menawarkan pendekatan yang lebih berstruktur dan mudah disesuaikan dengan hartanah.

"Kerjasama ini mencerminkan tindak balas yang tepat pada masanya dalam keperluan pasaran yang sedang berubah, menggabungkan inovasi, fleksibiliti termasuk nilai praktikal kepada pembeli hartanah dan pihak berkepentingan hari ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Citadel Trustee, Syarifah Baizura berkata melalui kerjasama ini, syarikat tersebut mempelopori lembaran baharu dalam landskap pengurusan hartanah Malaysia.

“Platform kami melangkaui pertumbuhan. Ia direka bagi melindungi kekayaan sambil menyediakan pelanggan dengan penyelesaian yang selamat dan telus yang mengimbangi prestasi kukuh dengan kestabilan jangka panjang," katanya.

"Kerjasama ini menetapkan penanda aras yang sejajar dengan keperluan pasaran yang sedang berkembang," katanya.

Selain itu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Chester Group, Datuk Howard Chew berkata dengan menggabungkan tinjauan pasarannya yang mendalam dengan kepakaran Citadel dalam pengurusan dan operasi amanah, platform ini membolehkan peserta bergerak melangkaui pemilikan hartanah secara tradisional.

"Platform ini menyampaikan kepelbagaian, mengurangkan risiko dan pertumbuhan strategik, semuanya dalam satu penyelesaian bersepadu yang direka untuk membina legasi yang berkekalan," katanya.

-- BERNAMA