Terdapat 147 berita berdasarkan kata kunci carian " matrade"

Syarikat Pertengahan Diseru Labur Dalam Modal Insan Untuk Tingkat Daya Saing Global

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Syarikat-syarikat pertengahan (MTC) diseru untuk melabur dalam modal insan selain tumpuan kepada mesin atau teknologi bagi mengukuhkan daya saing global mereka, kata Presiden Kehormat Konsortium Syarikat-Syarikat Pertengahan Malaysia (MCMTC) Callum Chen. 

NEA 2025 : Pengiktirafan Kebangsaan untuk Pengeksport Terkemuka Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) hari ini melancarkan Anugerah Eksport Negara (NEA) 2025 bagi mengiktiraf pengeksport Malaysia yang cemerlang.

Belanjawan 2026 Perkukuh Komitmen Kerajaan Ke Arah Tingkatkan Tadbir Urus Cukai - PwC Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 mengukuhkan komitmen kerajaan untuk mempertingkat tadbir urus cukai dan langkah-langkah antiketirisan, mencerminkan usaha berterusan dalam meningkatkan ketelusan fiskal dan penguatkuasaan, menurut PwC Malaysia.

Inti Pati Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) – Berikut merupakan inti pati Belanjawan 2026 bertemakan ‘Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat’ yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.

MATRADE Perkukuh Kerjasama Selatan-Selatan Menerusi TCTP 2025

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) terus memacu agenda kerjasama Selatan-Selatan Malaysia melalui peranannya sebagai Institusi Latihan untuk Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) 2025: Penggalakan Perdagangan bagi Negara-Negara Afrika.

Malaysia Catat Jualan Eksport Bernilai RM376.14 Juta Di Ekspo China-ASEAN Ke-22

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pavilion Malaysia di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 telah merekodkan jumlah jualan RM376.14 juta, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Pempamer Malaysia Catat Jualan RM123.26 Juta Di Construction Indonesia 2025

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pempamer Malaysia di Construction Indonesia 2025 mencatatkan jumlah jualan RM123.26 juta sekali gus menunjukkan permintaan kukuh terhadap penyelesaian Malaysia dalam pasaran pembinaan Indonesia yang sedang berkembang pesat.

Anugerah MIHAS 2025 Beri Penghargaan Kepada 14 Perniagaan Halal Dalam Pelbagai Kategori

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Anugerah Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) edisi ke-12 baru-baru ini memberi penghargaan kepada 14 perniagaan halal atas pencapaian mereka dalam produk, perkhidmatan, kemampanan, pendigitalan dan inovasi.

Syarikat Perabot Malaysia Lepasi Sasaran Jualan RM200 Juta Di INDEX Saudi Arabia 2025

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kalangan syarikat Malaysia merekodkan jualan bernilai RM205.83 juta di INDEX Saudi Arabia 2025 yang diadakan baru-baru ini sekali gus mengatasi sasaran RM200 juta.

MIHAS 2025 Jana Jualan RM4.97 Bilion, Angka Dijangka Terus Meningkat - MATRADE

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 mencatatkan jualan sebanyak RM4.97 bilion pada hari ketiga acara tersebut dan angka itu dijangka terus meningkat, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

MIHAS 2025 Disasar Jana Jualan RM4.5 Bilion — MATRADE

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) — Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 dijangka mencapai sasaran jualan mencecah RM4.5 bilion, berdasarkan maklumat awal Program Penyumberan Antarabangsa (INSP), kata Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). 

Hasil Perdagangan Bilateral Kazakhstan, Malaysia Melonjak Kepada US$1 Bilion

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) --  Hasil perdagangan dua hala Kazakhstan dan Malaysia dijangka melonjak kepada US$1 bilion (US$1 = RM4.19) secara tahunan dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.