1hari ago
GEORGE TOWN, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang masih belum membuat sebarang keputusan bagi penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFC) termasuk penentuan zonnya, namun perbincangan di peringkat tertinggi bersama pihak kawal selia masih diteruskan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum meningkatnya diniagakan pada 3.9665 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari, yang merupakan paras tertinggi baharunya sejak merekodkan paras 3.9655 pada 22 Mei, 2018.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan kenaikan pada tengah hari ini berikutan minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter kewangan dalam prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur, kata penganalisis.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia “kekal menggalakkan,” disokong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berkualiti, pertumbuhan memberangsangkan, lebihan perdagangan meluas dan komitmen yang jelas terhadap pengukuhan fiskal, kata OCBC Group Research.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- MTT Shipping and Logistics Bhd (MTTSL) memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kementerian Digital sedang membangunkan Indeks Keterangkuman Digital Malaysia (MyIKD) dalam usaha memperkukuhkan lagi perancangan dan pemantauan keterangkuman digital secara lebih menyeluruh.
1hari ago
PUTRAJAYA, 26 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan rasa syukur terhadap prestasi ringgit yang terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum kenaikan dengan dibuka tinggi pada Isnin berikutan dana asing terus membeli saham tempatan, mencerminkan keyakinan luar yang berterusan terhadap pasaran Malaysia.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, berada hampir pada paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun berikutan kesediaan mengambil risiko yang meningkat selepas keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan indeks dolar AS yang rendah.
2hari ago
CHENNAI, 25 Jan (Bernama) -- ManageEngine yang juga unit teknologi maklumat (IT) Zoho Corporation, merancang untuk membuka sebuah pusat data di rantau ASEAN pada tahun ini.
3hari ago
IPOH, 24 Jan (Bernama) -- Rangkaian hotel antarabangsa terkemuka, TUI Blue menyertai sektor pelancongan Malaysia melalui kerjasama strategik dengan The Haven Resort Sdn Bhd, mewujudkan satu daripada resort jenama hotel antarabangsa di Ipoh.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- CIMB Islamic Bank Bhd memperuntukkan RM20 juta dalam tempoh lima tahun akan datang untuk menyokong inisiatif pemuliharaan alam sekitar melalui program EcoSave-i, akaun simpanan Islam pertama di Malaysia yang bertumpu kepada alam sekitar.