5bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan & K Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bayaran khidmat hutang (DCS) kerajaan Persekutuan dianggarkan meningkat 7.6 peratus kepada RM54.3 bilion atau 16.3 peratus daripada hasil pada tahun ini berbanding peningkatan 9.0 peratus kepada RM50.5 bilion atau 15.6 peratus daripada hasil pada 2024.
5bulan ago
Daripada Zufazlin Baharuddin
HELSINKI, 9 Okt (Bernama) -- Kepakaran Finland dalam menukar sisa kepada tenaga dan kapasiti penyimpanan karbon sedia ada di Malaysia membuka peluang untuk pertukaran pengetahuan dalam pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), membantu kedua-dua negara menuju ke arah neutral karbon.
5bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pengendali kapal sokongan luar pesisir (OSV), Perdana Petroleum Bhd menggesa kerajaan memperkenalkan insentif fiskal bersasar dalam Belanjawan 2026 untuk mengekalkan sektor perkhidmatan sokongan marin Malaysia dalam kos operasi yang meningkat dan peralihan industri ke arah penyahkarbonan.
6bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mempertingkat transformasinya di bawah inisiatif Petronas 2.0, membentuk semula syarikat untuk mendepani dekad akan datang dan seterusnya.
6bulan ago
KUALA TERENGGANU, 11 Sept (Bernama) -- Anak syarikat Epic Bhd, Eastern Pacific Marine Services Sdn Bhd (EPMSSB) menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Induk (MSA) bersama Velesto Energy Bhd (Velesto) melalui anak syarikat milik penuhnya, Velesto Drilling Sdn. Bhd.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Malaysia dijangka memperoleh pelaburan melebihi RM169.2 bilion dalam kecerdasan buatan (AI) dan pusat data menjelang 2030, menurut penyelidikan baharu daripada rakan penyelesaian bakat global, Robert Walters.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Unit penyelesaian tenaga luar pesisir dan pengeluaran, penyimpanan serta pemunggahan terapung (FPSO) milik Yinson Holdings Bhd iaitu Yinson Production memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat Norway, Carbon Circle AS.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Lianson Fleet Group Bhd (LFG), iaitu Icon Samudera (L) Inc, akan melupuskan sebuah kapal kepada Asia Investment and Asset Management Joint Stock Company, Vietnam pada harga RM28.13 juta
7bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 3 Sept (Bernama) -- Usaha sama strategik antara Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB) dan Legenda Bumimas Sdn Bhd akan mengubah pengurusan sisa berjadual di Labuan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Pembelian pesawat Boeing bernilai US$9.5 bilion bagi fasa kedua tidak akan menjejaskan tahap hutang negara serta memberi impak kepada defisit fiskal Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd melalui unit penyelesaian tenaga luar pesisir dan pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) iaitu Yinson Production, telah memulakan pajakan tetap selama 15 tahun untuk FPSO Agogo berikutan pengeluaran Sijil Kesediaan Operasi Sementara (PORC) pada 12 Ogos, 2025.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Malaysia kekal sebagai destinasi menarik bagi pelaburan minyak dan gas, dengan badan pentadbir yang menguruskan aset minyak dan gas huluan negara, Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) di bawah Petronas, membuka beberapa lembangan yang berpotensi di dalam negara.