11hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Oct (Bernama) -- Belanjawan 2026 akan mengukuhkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan ruang fiskal, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) hari ini.
11hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) dan Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) menyeru kerajaan untuk menyediakan lebih banyak insentif bagi industri itu di bawah Belanjawan 2026.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Indeks Keyakinan Perniagaan RAM (RAM BCI) bertambah baik kepada 48.4 pada suku ketiga 2025 daripada 40.0 pada suku kedua yang mencerminkan peningkatan ketara dalam sentimen perniagaan untuk tiga bulan akan datang.
12hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis, seiring dengan prestasi niaga hadapan getah serantau dan harga minyak yang stabil dalam kebimbangan mengenai bekalan disebabkan musim hujan di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangka perbelanjaan Kerajaan Persekutuan mencecah rekod tertinggi sebanyak RM430.3 bilion tahun depan dalam keadaan perbelanjaan mengurus (OE) dan perbelanjaan pembangunan (DE) yang semakin meningkat.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pavilion Malaysia di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 telah merekodkan jumlah jualan RM376.14 juta, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Camaroe Bhd memulakan penyenaraian di Pasaran ACE dengan menyasarkan pengembangan kapasiti dan pertumbuhan antarabangsa di China susulan penyenaraian itu.
12hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) telah meminta kerajaan untuk menubuhkan Majlis Digital Negara dalam Belanjawan 2026 untuk menyepadukan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan mengekalkan daya tarikan Malaysia kepada pelabur.
13hari ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kerajaan digesa melanjutkan insentif cukai sedia ada bagi kenderaan elektrik bateri (BEV) dalam Belanjawan 2026 bagi mempercepat matlamat negara mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil serta menarik pelaburan jangka panjang.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan Malaysia yang diselaraskan mengikut musim oleh S&P Global mencatatkan penurunan sedikit kepada 49.8 pada September daripada 49.9 pada Ogos, menandakan keadaan operasi yang tidak berubah secara keseluruhan.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki prestasi semalaman Wall Street walaupun awal urus niaganya tidak menentu ketika sebahagian besar peniaga mengetepikan kebimbangan mengenai kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$122.68 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$252.8 bilion pada akhir Ogos 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).