23hari ago
BATU KAWAN, 22 Sept (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bahawa industri semikonduktor akan diberikan lebih perhatian dalam pembentangan Belanjawan 2026 yang dijadualkan pada 10 Oktober ini, sejajar dengan aspirasi di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
23hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat melepasi paras utama pada 1,600, disokong oleh sentimen positif daripada Wall Street.
24hari ago
Oleh Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Kalangan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN bakal berhimpun di sini pada minggu depan yang dilihat sebagai medan penting bagi memuktamadkan pelbagai agenda utama, terutamanya dalam realiti dunia diasak cabaran ekonomi masa kini.
25hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat lebih kecil namun cenderung meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika pelabur meneliti aliran dagangan susulan keputusan negara maju itu menurunkan kadar faedah utamanya.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd hari ini telah memperkenalkan logo baharu, mengesahkan peranannya sebagai peneraju dan pembina negara dengan rangkuman legasi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah.
27hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Khamis) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki penutupan bercampur-campur semalaman di Wall Street, apabila peniaga mengambil keuntungan selepas penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) seperti yang dijangka, serta unjuran bagi pelarasan selanjutnya.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mempertingkat transformasinya di bawah inisiatif Petronas 2.0, membentuk semula syarikat untuk mendepani dekad akan datang dan seterusnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Serangan Israel ke atas Qatar tidak memberi impak langsung kepada Malaysia, terutamanya industri minyak dan perdagangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Harga minyak melonjak susulan laporan Doha, ibu negara Qatar, menjadi sasaran serangan udara Israel atas alasan menyasarkan pemimpin Hamas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kerajaan telah merangka strategi bagi memastikan impak tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia tidak menjejaskan pelaburan langsung asing, sekali gus mengurangkan impak terhadap ekonomi negara, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Unit penyelesaian tenaga luar pesisir dan pengeluaran, penyimpanan serta pemunggahan terapung (FPSO) milik Yinson Holdings Bhd iaitu Yinson Production memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat Norway, Carbon Circle AS.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kewangan Islam perlu memanfaatkan tiga pemacu penting terutama tindakan iklim, rangkuman digital dan inovasi Islam bagi mencapai matlamat yang lebih tinggi untuk Malaysia, Oman dan seluruh dunia, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) Datuk Mohammad Faiz Azmi.