Terdapat 398 berita berdasarkan kata kunci carian " bank negara"

Bank Muamalat Perkasa Kewangan Sosial Di Sabah

TAWAU, 5 Julai (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasakan kewangan Islam sebagai pemacu sosioekonomi rakyat melalui peranannya sebagai peneraju kewangan sosial, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Khairul Kamarudin.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat Terhad Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat yang terhad berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada 9 Julai.

RHB IB Jangka BNM Kekal OPR Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 3.0 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada 9 Julai, dengan keseimbangan risiko yang cenderung kepada satu penurunan kadar, menurut RHB Investment Bank (RHB IB).

Inisiatif ISIA 3.0 Bank Islam Sedia Pulangan Kompetitif, Pacu Impak Positif Alam Sekitar

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd melancarkan Akaun Pelaburan Lestari Ihsan (ISIA) 3.0, versi ketiga tawaran pelaburan patuh Syariah perintisnya.

Aset Rizab Rasmi Malaysia US$119.59 Bilion Pada Akhir Mei 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$119.59 bilion (US$1= RM4.21) pada akhir Mei 2025 manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$955.2 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

CYDES 2025 Pacu Pelaburan Strategik, Perkukuh Kepimpinan Malaysia Dalam Keselamatan Siber Serantau

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 30 Jun (Bernama) -- Malaysia dijangka menarik lebih banyak pelaburan strategik dalam bidang keselamatan siber menerusi penganjuran Pameran dan Persidangan Pertahanan & Keselamatan Siber (CYDES) 2025, platform serantau yang bukan sahaja menampilkan inovasi terkini, malah memperkukuh kepimpinan Malaysia dalam inisiatif keselamatan siber ASEAN.

Kerajaan Pertimbang Perkenal Skim Insurans Asas Bagi Kurangkan Kesan Inflasi Kos Perubatan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan langkah untuk memperkenalkan skim insurans asas bagi mengurangkan kesan inflasi kos perubatan yang membimbangkan rakyat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

CIMB Investment Jangka Penstrukturan Semula Tarif Elektrik Bawa Impak Inflasi Minimum

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Penstrukturan semula tarif elektrik Malaysia dijangka membawa kesan minimum terhadap keseluruhan inflasi dan kesan langsungnya terhadap indeks harga pengguna (IHPI) utama adalah kecil, kata CIMB Investment Bank Bhd (CIMB).

Kerajaan Lulus Insentif Cukai Modal Teroka Pacu Pelaburan Pemula Niaga - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan telah meluluskan insentif cukai baharu bagi modal teroka (VC) yang turut merangkumi kadar cukai konsesi sebanyak lima peratus bagi tempoh sehingga 10 tahun untuk entiti dana yang layak dan melabur sekurang-kurangnya 20 peratus dalam syarikat pemula niaga tempatan.

Chorsu Bazaar: Nadi Kehidupan Tashkent

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 23 Jun (Bernama) -- “Orang Malaysia, mari beli di sini, saya boleh bagi kamu diskaun!”

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$119.9 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$119.9 bilion (US$1=RM4.24) pada 13 Jun 2025 daripada US$119.60 bilion yang dicatatkan pada 30 Mei 2025.