BERITA TERKINI   India sokong peranan Malaysia sebagai negara rakan BRICS, aspirasi jadi anggota BRICS - Kenyataan Bersama | Malaysia sambut baik India sebagai Pengerusi BRICS 2026 - Kenyataan Bersama | PM Anwar, Modi saksi pertukaran 11 MoU antara Malaysia dan India | Perdagangan dua hala Malaysia-India dijangka melepasi AS$18.59 bilion, dicatatkan tahun lepas - PM Anwar | Malaysia, dalam konteks ASEAN, pasti dapat manfaat besar sekiranya rantau ini dapat memperoleh lebih banyak cara dan peluang untuk bekerjasama dengan India - PM Anwar | 

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$119.9 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$119.9 bilion (US$1=RM4.24) pada 13 Jun 2025 daripada US$119.60 bilion yang dicatatkan pada 30 Mei 2025.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu merangkumi rizab pertukaran asing (US$106.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.8 bilion), emas (US$3.8 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion). 

Jumlah aset sebanyak RM630.55 bilion, merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain, termasuk SDR (RM531.12 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.91 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM4.26 juta),  pinjaman dan pendahuluan (RM27.08 bilion), tanah dan bangunan (RM4.58 bilion), dan aset lain (RM50.57 bilion).

BNM berkata jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM630.55 bilion terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM194.93 bilion), mata wang dalam edaran (RM172.73 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM127.93 bilion), deposit kerajaan persekutuan  (RM10.53 bilion), deposit lain (RM82.23 bilion), kertas Bank Negara (RM10.55 billion), peruntukan SDR (RM28.38 bilion), dan liabiliti lain (RM3.13 bilion).

-- BERNAMA