BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 1-1 KL City FC | 

Terdapat 2281 berita berdasarkan kata kunci carian " as "

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) --  Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menunjukkan pemulihan daripada penurunan semalam untuk mengakhiri minggu ini dengan lebih tinggi.

Keyakinan Terhadap Ekonomi Pacu Pengukuhan Ringgit Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit melepasi paras psikologi penting 4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun pada 3.9992 hari ini, didorong kekukuhan prospek ekonomi Malaysia, keredaan ketegangan geopolitik serta keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan sebelum ini untuk ditutup tinggi, mengekalkan paras tertinggi selama lebih enam tahun, didorong oleh minat belian berterusan dalam saham teknologi manakala pengukuhan ringgit berbanding dolar AS terus meningkatkan sentimen pelabur.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Jumaat, disokong oleh pemulihan harga minyak mentah, kata seorang peniaga. 

Simposium Beyond Insights Ubah Cara Rakyat Jadikan Trend Mega Kepada Keputusan Pelaburan Boleh Labur

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Simposium Beyond Insights 2026 menghimpunkan pemimpin teknologi global, perintis teknologi kewangan (fintech) dan ahli strategi pasaran untuk mengkaji bagaimana trend mega yang berkembang pesat sedang mencorakkan semula pasaran.

Ringgit Cecah 3.99 Berbanding Dolar AS, Paling Kukuh Dalam Tempoh Lebih Tujuh Tahun

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit mencecah paras psikologi 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh seketika pada pukul 2.27 petang hari ini.

Ringgit Dibuka Hampiri Paras Tertinggi Lima Tahun Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, selepas Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Mengakhiri Kenaikan Tiga Hari Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan rekod kenaikan tiga hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan penurunan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Lepasi Paras 4.04 Berbanding Dolar AS Selepas OPR Kekal Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik susulan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR).

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Prestasi Bercampur-campur Di Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 - AmBank

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- AmBank menjangkakan ringgit diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026, sebelum menghampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua tahun ini, disokong oleh prospek ekonomi Malaysia yang positif.

Penggunaan Swasta, Pelancongan Dijangka Pacu Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Pada 2026 - AmBank

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan tahun ini, dengan pertumbuhan diunjurkan mencecah 4.5 peratus, dipacu oleh penggunaan swasta yang kukuh dan sektor pelancongan.