Terdapat 65 berita berdasarkan kata kunci carian " aidilfitri"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi, Jejaki Prestasi Kukuh COMEX

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup lebih tinggi pada Selasa menjejaki prestasi kukuh niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Tarif AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah kebimbangan para peniaga dan pelabur terhadap pengumuman tarif timbal balik oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini, kata seorang penganalisis.

Indeks Utama FBM KLCI Naik 12.87 Mata Ke Paras Intra Harian Tertinggi

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meningkat pada akhir urus niaga Rabu didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun sentimen pasaran secara keseluruhannya kekal berhati-hati, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi semasa awal dagangan pada Jumaat.

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-campur Berikutan Dagangan Lengang

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur berikutan dagangan lengang disebabkan minggu dagangan singkat dan pasaran berhati-hati menjelang pengumuman tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) lewat hari atau awal pagi esok, waktu Malaysia.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar US hari ini susulan Indeks dolar Amerika Syarikat (AS) merosot disebabkan prospek ekonomi AS lemah dan dalam persekitaran ketidaktentuan mengenai tarif timbal balik yang dijadualkan diumumkan oleh AS lewat hari ini, kata seorang penganalisis.

Trend Perbelanjaan Raya: Pengguna Lebih Berhati-hati Di Sebalik Ekonomi, Pasaran Buruh Yang Stabil

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 30 Mac (Bernama) -- Ketidaktentuan ekonomi semasa memberi kesan terhadap pola perbelanjaan rakyat Malaysia dalam musim perayaan, dengan pengguna cenderung lebih berhati-hati meskipun keadaan ekonomi negara berada dalam landasan yang baik.

Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pasaran getah dijangka rendah minggu depan disebabkan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat 4.42-4.43 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Ringgit dijangka terus berada dalam jajaran kecil dengan trajektori yang sama iaitu antara RM4.42 hingga RM4.43 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan minggu dagangan yang pendek berikutan cuti umum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada Isnin, 31 Mac.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Dalam Dagangan Terhad Minggu Depan Berikutan Cuti Hari Raya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan yang terhad minggu depan berikutan cuti Hari Raya Aidilfitri, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh.

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka akan bergerak dalam julat yang terhad sepanjang minggu dagangan singkat minggu depan berikutan cuti umum, mencerminkan prestasi pasaran tunai.